Liverpool menang satu lagi derbi Merseyside. Kali ini bintang Mesir, Mohamed Salah mencetak 2 gol ke atas Everton.

Baca Juga:

Liverpool dan Everton berentap pada sepak mula yang disebut sepak mula pada ‘lunch time’ di England.

Everton turun dengan pendekatan yang sangat pasif datang ke Anfield. Dan blok pertahanan mereka lebih rendah selepas Ashley Young dibuang padang pada separuh masa pertama.

Liverpool bagaimanapun bergelut dengan terik sekali pada separuh masa pertama.

Namun pada separuh masa kedua, Liverpool berjaya membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Mo Salah pada minit ke-75.

Ianya selepas bola terbias pada tangan Michael Keane. Dengan VAR mengesahkan bahawa ianya penalti.

Liverpool terus berusaha mencari gol kedua untuk ‘keselamatan’ pada pendahulan mereka.

Dengan Everton kelihatan masih yakin akan mendapat sesuatu daripada perlawanan ini.

Namun pada masa kecederaan minit ke 90+7, Liverpool akhirnya mengesahkan 3 mata milik mereka. Ianya bermula daripada serangan balas, yang disambung oleh Nunez.

Kemudian pemain antarabangsa Uruguay itu melorongkan bola kepada Mo Salah yang dengan tenang menyumbat masuk bola.

Mo Salah kini terlibat secara langsung dalam 8 daripada 10 gol  EPL ke atas Everton dengan 7 gol dan 1 assist.

Liverpool akhirnya menang derbi Merseyside dengan keputusan 2-0. Secara keseluruhan Liverpool mengusai 72% perlawanan. Dan mencetak 26 percubaan ke arah gawang Everton.