Son Heung min menjaringkan dua gol dalam aksi menentang Arsenal di Emirates untuk memastikan pasukannya tidak pulang dengan tangan kosong.
Arsenal melayan kunjungan musuh tradisi yang juga musuh setempat utama mereka, Tottenham.
Aksi derbi Utara London menjadi perlawanan tumpuan utama minggu ini. Dengan kedua dua pasukan terikat mata sebelum sepak mula.
Ange Postecoglou berjaya membangkitkan prestasi Spurs sejak mengambil alih sebagai pengurus pasukan.
Namun di Emirates, Spurs ternyata berdepan dengan cabaran yang sangat berbeza daripada sebelum ini.
Mereka terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-26 menerusi jaringan sendiri Christian Romero. Gol sendiri itu berpunca daripada rembatan lencong Bukayo Saka.
Bukayo Saka hit James Maddison's celebration after Arsenal went up in the North London derby 😂🎯 pic.twitter.com/zxabCMXxxd
— ESPN FC (@ESPNFC) September 24, 2023
Arsenal berpeluang menambah gol tidak lama kemudian namun gagal disudahkan oleh Gabriel Jesus.
Tottenham mendapat peluang terbaik mereka rembatan Brennan Johnson, namun David Raya menafikannya dengan penyelamatan kelas dunia.
Raya dipaksa melakukan penyelamatan dari kedudukan ‘point blank’ sekali lagi tidak lama kemudian menerusi percubaan jarak dekat Johnson sekali lagi.
Spurs yang mengitar semula bola itu mendapat gol menerusi ketajaman penyudah Son Heung Min minit ke-42.
Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-1. Ianya separuh masa pertama yang menghiburkan antara kedua dua pasukan.
Pada separuh masa kedua, Arsenal diberikan sepakan penalti dan ianya dengan mudah disudahkan Bukayo Saka pada minit ke-54.
Namunn keraian gol Arsenal cuma seminit sahaja kerana Son Heung Min kembali menyamakan kedudukan untuk Spurs untuk meraih dua gol peribadi dalam perlawanan ini. Ianya selepas kesilapan daripada Jorginho.
Tiada tambahan gol dihasilkan selepas itu dengan Arsenal dan Spurs hanya berkongsi 1 mata dengan keputusan seri 2-2.