Bekas pemain skuad kebangsaan England, Jack Wilshere masih belum bersedia untuk mengumumkan persaraan dan tetap menyimpan hajat besar untuk terus beraksi meskipun tidak mempunyai pasukan pada ketika ini.
Wilshere yang sebelum ini pernah menjadi antara sandaran utama Arsenal terpaksa menelan kepahitan dalam kariernya apabila bergelar ejen bebas apabila dilepaskan oleh Bournemouth atas persetujuan bersama pada penghujung musim lalu.
Sehingga kini, masih tiada pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 29 tahun itu dan beliau mengekalkan kecergasan dengan menjalani latihan bersama Arsenal.
Selain itu dalam masa sama, beliau turut membantu Per Mertesacker dalam mengendalikan para pemain diĀ Akademi Arsenal sejak sebulan yang lalu.
Kegagalan untuk mendapatkan pasukan serta sudah mula mencurahkan pengalaman buat pembangunan akar umbi, Wilshere bagaimanapun menolak kemungkinan untuk bersara dalam masa terdekat.
“Pada masa ini, saya sedang melakukan lencana [lesen] kejurulatihan dan kelab ada membantu serta saya membantu beberapa orang pemain akademi,” ujar Wilshere menurut laporan Sky Sports.
“Sudah tentu saya ia adalah sesuatu yang saya nikmati dan mungkin sesuatu yang perlu dilihat pada masa hadapan tetapi buat masa ini, saya masih mahu beraksi.”
“Saya rasa masih banyak yang saya perlu berikan dan sesuatu untuk membuktikan mengapa saya masih lagi tidak mahu menamatkan karier dan memulakan karier sebagai jurulatih,” tambah Jack Wilshere lagi.
Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.
Scholes Pertahan Solskjaer, Perlu Berikan Lebih Peluang Untuk Buktikan
Pulih Daripada Kecederaan Serius, Darren Lok Tekad Tampil Lebih Baik
Masalah Bahasa Tidak Halang Manuel Ott Beraksi Bersama Adriano Dan Giovane Gomes