Pemain berketurunan melayu, Yusef Elias Dolah kemungkinan dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan Thailand sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Prestasi cemerlangnya ketika membantu Port FC menghuni kedudukan tiga teratas dalam saingan Liga divisyen 1 Thailand menyebabkan pengendali baharu skuad gajah perang, Akira Nishino sedang mempertimbangkan untuk menyenaraikan pemain yang berusia 26 tahun itu untuk memperkuatkan benteng pertahanan skuad Thailand.
#ChangsuekScouting #ช้างศึก #เชียร์ไทยใจเดียวกัน #TogetherAsOne #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #นักฟุตบอลทีมชาติไทย #Thailand #Football #FAThailand #AsianQualifiers #โค้ชทีมชาติ #สมาคมฟุตบอล #ToyotaThaileague #eliasdolah #ed4 #portfchttps://t.co/llKyu9hZC8 pic.twitter.com/nk6rExhhFE
— AboutElias4 (@AboutElias4) August 10, 2019
Sebelum ini, VocketFC berjaya menghubungi beliau untuk mendapatkan beberapa maklumat yang memungkinkan menjadi calon pemain kacukan skuad Harimau Malaya. Hal ini kerana Elias yang dilahirkan di Lund, Sweden adalah pemain kacukan Melayu-Thai disebelah bapa dan Sweden disebelah ibunya.
Kami difahamkan bapanya berasal dari Narathiwat dan berketurunan Melayu manakala datuk serta nenek bapanya (moyang Elias Dolah) merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Kelantan. Secara teknikalnya, Elias Dolah boleh beraksi untuk Malaysia menggunakan faktor ‘heritage’ dari moyangnya.
Menurut Elias lagi, hampir semua ahli keluarganya boleh bertutur bahasa Melayu dialek Kelantan termasuk beliau sendiri walaupun sedikit terhad. Malah, beliau pernah turun beraksi menentang pasukan Liga Super Malaysia pada tahun 2015 ketika bertemu Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dimana ketika itu beliau beraksi bersama Songkhla United.
https://www.instagram.com/p/02_VUBoNyj/?utm_source=ig_web_copy_link
Elias juga memiliki ketinggian 1.96 meter dan jika beliau layak untuk muncul sebagai pemain kacukan Malaysia, mungkin boleh menjadi aset dibahagian pertahanan tengah bergandingan dengan bakat tempatan yang sedia ada.
Bagaimanapun, skuad Harimau Malaya boleh melupakan khidmatnya jika beliau memilih untuk mewakili pasukan kebangsaan Thailand pada perlawanan di peringkat antarabangsa.