Penyerang skuad kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn sebelum ini dilaporkan pernah mendapat tawaran dari kelab Liga Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).
Namun, menurut laporan Sukanz, satu lagi kelab iaitu Sri Pahang juga berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Port FC itu bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.
Sri Pahang ketika ini sedang melakukan rombakan dari segi pemain import dimana mereka mahu menggantikan pemain sedia ada dengan muka baharu setelah gagal menampilkan prestasi yang baik pada separuh masa pertama Liga Super.
Skuad Tok Gajah dikhabarkan telah mencapai persetujuan dengan pemain pinjaman Muangthong United yang beraksi bersama Port FC dalam saingan Thai League 1 musim lalu.
“Sri Pahang dikhabarkan telah pun merisik dan mencapai persetujuan dengan Muangthong United. Namun ini tertakluk pada persetujuan kelab yang meminjamnya, Port FC untuk melepaskan Adisak lebih awal atau tidak.
“Difahamkan Sri Pahang mahu menyegerakan urusan pendaftaran pemain import sebaik jendela perpindahan kedua dibuka bagi menyelamatkan musim mereka.” kata seorang sumber kepada Sukanz.
Adisak Kraisorn membantu Port menduduki tangga ketiga dalam saingan Thai League 1 musim 2020/21 sekaligus layak beraksi dalam saingan AFC Champions League (AFC) musim ini. Sepanjang bersama Port, pemain berusia 30 tahun itu telah membuat 29 penampilan dan menjaringkan 11 gol.
Berbeza dengan Sri Pahang, skuad bimbingan Dollah Salleh ketika ini menduduki tangga ke-11 dengan kutipan 5 mata, dibezakan empat mata dengan pasukan tercorot iaitu UiTM.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Dr Pekan Ramli: Kenyataan TMJ Tanda JDT Mahu Jadi Lebih Baik
Wartawan Thailand Dedah Adisak Kraisorn Terima Tawaran Dari JDT
Penang Dapat Saguhati RM10,000 Jika Menang Dalam Setiap Perlawanan