Real Madrid berjaya mengaibkan Barcelona di Nou Camp dengan kemenangan 3-1 dalam aksi el clasico pertama musim ini.
Real Madrid di hadapan seawal minit ke-5 lagi. Ianya selepas Fede Valverde, yang menerima hantaran dari Karim Benzema.
Gerard Pique terlalu mudah dilepasi, lalu Valverde merembat deras menewaskan Neto.
Namun begitu Barcelona menyamakan kedudukan menerusi Ansu Fati. Hanya 3 minit selepas gol Valverde. Ini menjadikan Ansu Fati bergelar penjaring paling muda dalam sejarah el clasico.
⚽@ANSUFATI
✅ 17 years old
✅ Youngest #ElClásico goalscorer in history
✅ Ties @LaLigaEN record for most goals ever scored by a player under 18 years old.I N C R E D I B L E ! 🤯 pic.twitter.com/6nzYZmPJem
— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 24, 2020
Kedua dua pasukan kemudian bersaing sengit dengan persembahan yang seimbang walaupun Madrid lebih baik dari segi penguasaan bola dengan 54%.
Masuk ke separuh masa kedua, Barcelona memperbaiki rentak permainan mereka.
Namun segalanya menjadi serba tak kena buat Barcelona apabila Clement Lenglet menarik Sergio Ramos dalam kotak penalti.
⚽️ La faute de Lenglet et le but sur penalty de Ramos ! Le Real prend l’avantage…
Barcelona 1️⃣-2️⃣ Real Madrid#ElClasico #BarcaReal
— Sport’Actus (@Sport_ActusOff) October 24, 2020
VAR memberikan Real Madrid penalti. Dan ianya disempurnakan sendiri oleh Sergio Ramos pada minit ke-68.
Ronald Koeman kemudian tidak melakukan perubahan drastik dalam pasukannya. Beliau malah melakukan pertukaran pertama pada minit ke-81.
Koeman memasukkan ramai pemain sekaligus.
Namun sebelum itu, Barcelona turut mencipta beberapa peluang menerusi Ansu Fati, Philippe Coutinho, atau Lionel Messi.
Tetapi Courtois sangat kental di hadapan gawang Real Madrid.
😱 WHAT A GAME! 😱
Messi goes close to putting @FCBarcelona ahead in #ElClasico! pic.twitter.com/prmOzf7sdI
— LALIGA English (@LaLigaEN) October 24, 2020
Ketika perlawanan seakan berakhir dengan skor 2-1 memihak pelawat, Real Madrid menabur garam pada lukar Barcelona dengan gol ketiga masa kecederaan menerusi Luka Modric.
Ianya berpunca daripada kesilapan penjaga gol yang tak berjaya mendakap bola kemas.
Seems they are playing the #ElClasico in Netherlands because Ajax is currently doing what Barcelona and Messi should be doing.
Also seems that Modric and Ramos and all Madrid players took Bigi Tamarind before they played today’s match. Great team win!!https://t.co/N4ZouVDbEF
— Elder Seun (@iamseunalaofin) October 24, 2020
Tamat perlawanan Barcelona 1, Real Madrid 3.
⚽️ Valverde 5'
⚽️ Ansu Fati 8'
⚽️ Ramos (p) 63'
⚽️ Modric 90'REAL MADRID WIN #ELCLASICO AT CAMP NOU! 👏 pic.twitter.com/DFberhgt5t
— GOAL (@goal) October 24, 2020
Baca juga perkembangan lain
Ejen Ozil Tembak Arteta Sebagai Pembohong Dan Tidak Beretika
Ronaldo Terlepas Aksi Berdepan Messi Kerana Disahkan Covid-19 Sekali Lagi