Pertemuan antara Real Madrid dan Barcelona digelar el clasico. Ianya antara perseteruan terbesar di dalam bola sepak.
Agak malang musim ini el clasico tidak dilangsungkan di dalam stadium berpenonton. Namun auranya tetap panas.
El clasico adalah Real Madrid vs Barca
Mengapa pertarungan Barcelona vs Real Madrid ditunggu oleh berjuta-juta orang dan mengapa perlawanan itu disebut El Clasico?
Real Madrid dan Barcelona telah bertemu lebih dari 200 kali sepanjang sejarah. Namun, istilah ‘El Clasico’ hanya dilabel pada pertarungan Barcelona vs Real Madrid di era moden.
Marca melaporkan, nama panggilan Clasico menjadi terkenal pada awal abad ke-21, ketika media dan peminat bola sepak mulai membincangkan pasukan mana paling berpengaruh di Sepanyol.
Lalu, keluar jenama el clasico yang menjadi salah satu produk kebanggaan LaLiga.
Perseteruan ini menjadi semakin panas pada 1950-an apabila semangat untuk menjadi lebih baik di lapangan sukan kian kluat.
Sebelum ini, kedua-dua pasukan mempunyai persaingan yang lebih panas dengan jiran mereka – Real Madrid dengan Atletico Madrid dan Barcelona dengan Espanyol.
Derbi antara bandar
Secara geografinya, el clasico bukanlah derbi. Namun oleh kerana ianya memiliki banyak unsur perseteruan ala derbi, maka ianya digelar derbi antara bandar. Sama seperti Manchester United-Liverpool, Inter-Juventus.
Dalam dua dekad terakhir ini, jenama el clasico sangat gah. Dan ianya menjadi salah satu jargon bola sepak yang paling popular.
Banyak perseteruan lain di dunia yang digelar The Classic (el clasico) seperti Der Klassiker di Jerman (Bayern vs BvB) dan Le Classique di Perancis (Marseille vs PSG). Namun perkara pertama tentang el clasico tetap Barca dan Real Madrid.
Perseteruan pada era moden dihangatkan lagi oleh era Galatico. Di mana Barcelona ketika itu turut kehilangan bintang utama mereka Figo ke Real Madrid selepas ditawarkan bonus lumayan.
Tidak terhentu di situ, keadaan menjadi semakin panas pada era Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang dianggap era paling berpengaruh untuk el clasico.
Dua pemain tersebut pada ketika ini dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah dan sudah memiliki 11 ballon d’or di antara mereka.
Namu el clasico tak dapat dipisahkan dengan semangat kebangsaaan dan juga politikal.
Real Madrid pada satu ketika dahulu direvolusikan oleh Jeneral Franco yang merupakan ketua rampasan kuasa daripada puak republikan yang disokong oleh warga Catalonia yang kemudiannya menubuhkan Barcelona FC.
Ketika itu Jeneral Franco adalah puak nasionalis yang mahu mengembalikan semula sistem monarki di Sepanyol selepas ia runtuh di tangah repbulikan.
Ini kerana, sistem beraja ini memberikan banyak manfaat kepada kota Madrid.
Kesannya Catalan hilang hak autonomi untuk mentadbir wilayah mereka sendiri. Sehingga ke hari ini warga Catalonia mahu keluar dari Sepanyol.
Dari sudut jenama bola sepak, el clasico adalah kebanggaan di Sepanyol. Namun dari sudut lebih holistik, ianya simbol kebencian warga Catalonia dan Madrid.