Ejen kepada Emi Martinez mengakui bahawa pemain itu berminat bermain di Serie A di Itali dan UCL.
Baca Juga:
- Analisis Taktikal: Kekuatan Mental Argentina Atasi Kebangkitan Perancis
- Argentina vs Perancis: Piala Dunia 2022 Milik La Albiceleste
- Jurulatih Croatia Nasihatkan Argentina: “Semangat Tak Apa Tapi Jangan Koyak”
Emi Martinez menikmati detik terbaik di dalam kariernya dengan membantu negaranya menjadi juara Piala Dunia 2022. Emi Martinez turut dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik Piala Dunia 2022.
Sudah tentunya nama beliau menjadi sasaran banyak kelab besar dalam bursa perpindahan pemain.
Bekas penjaga gol Arsenal itu kini beraksi bersama dengan Aston Villa. Dan ejennya mengesahkan bahawa Martinez sudah tentunya mahu bermain dengan kelab besar sekali lagi selepas meninggalkan Arsenal.
Martinez meninggalkan Arsenal sebelum ini kerana tiada jaminan bahawa dia akan menjadi penjaga gol no.1 di Emirates.
Le pude hacer upa 🏆 pic.twitter.com/NxiSln1pWH
— Emi MartĂnez (@emimartinezz1) December 19, 2022
Ejen Martinez iaitu, Gustavo Goni berkata Argentina dan Martinez berhak menjadi juara kerana mereka adalah pasukan terbaik. Dan sasaran seterusnya Emi Martinez adalah beraksi di UCL termasuk berminat untuk beraksi di Itali.
Goni berkata: “Argentina adalah pasukan terbaik, mereka menunjukkan semangat berpasukan yang hebat. Dan dia berhak menang.”
“Damian [Emi Martinez – nama sebenar dia Damian Emiliano Martinez] menunjukkan apa yang kami fikirkan tentang dia selama ini: dia adalah penjaga gol yang hebat, yang terbaik di dunia”.
“Hari ini terdapat beberapa pasukan yang mampu membeli penjaga gol seperti dia. Tetapi Serie A, kenapa tidak? Jelas dia mensasarkan karier lebih tinggi, untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah”.
Gustavo Goni kemudian menjelaskan tentang keraian yang dianggap agak melampau dengan gaya melucah oleh Emi Martinez ketika menerima Anugerah Sarung Tangan Emas Piala Dunia 2022.
Goni menjelaskan: “Ia perkara bola sepak, reaksi impulsif. Adalah lebih penting untuk bercakap tentang penyelamatan yang sangat penting beberapa minit daripada wisel penamat. Ddam dia telah menunjukkan kemahiran yang hebat”.
Emi Martinez kemudian tampil menjelaskan sendiri tentang gaya keterlaluannya itu. Dia berkata, reaksi itu spontan ditujukan kepada penyokong Perancis yang mengejeknya dengan bunyi boo.
How it started How it’s going pic.twitter.com/cK75GytW9j
— Emi MartĂnez (@emimartinezz1) December 18, 2022
Martinez pastinya akan menjadi buruan banyak kelab besar pada Januari ini. Kerana prestasi luar biasanya sejak membuat debutnya bersama Arsenal.
Dia dianggap pelengkap kepada kepingan ‘puzzle’ yang Argentina hilang selama ini di gawang gol.