‘Perang’ antara Jeong Myeongho yang merupakan ejen kepada bekas ketua jurulatih Kelantan, Choi Moon-sik dan pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau mesra dengan panggilan Zamsaham dilihat masih berpanjangan.

Baca Juga:

Hal ini kerana ejen tersebut terus bertindak dalam mendedahkan pelbagai isu dalaman melibatkan padang latihan, kebajikan serta pemakanan para pemain pada hari perlawanan.

Seperti dilaporkan sebelum ini, Jeong telah mengeluarkan kenyataan tentang permasalahan dihadapi Kelantan dengan mengatakan pengurusan pasukan TRW Kelantan lebih teruk daripada pasukan amatur kerana memilih sendiri pemain tanpa berbincang dengan ketua jurulatih.

Jeong juga mendedahkan para pemain tidak menerima gaji selama dua bulan serta pihak pengurusan pasukan seringkali memaki pemain, bergaduh dengan jurulatih di bilik persalinan.

Bagaimanapun, Zamsaham dalam satu kenyataan dikeluarkan menafikan perkara tersebut dan menganggap ia sebagai fitnah yang ditabur kepada pihaknya.

Malah, beliau turut memberikan penjelasan tentang sebab utama beliau cuba untuk masuk campur dengan memberikan pendapat kerana pasukan telah mengalami empat kekalahan pada enam aksi awal.

โ€œSaya kena campur tangan sebab takda pemilik nak kelabnya kalah dan lauk terus. Semua ada tertulis dan kontrak sebelum pegang jawatan ketua jurulatih,โ€ ujar Zamsaham.

Masih belum mengalah dalam cubaannya untuk terus menegakkan kebenaran di pihaknya, Jeong bertindak memuatnaik beberapa gambar di ‘Instagram story‘ yang jelas menunjukkan kelemahan pengurusan Kelantan seperti dilaporkan laman Twitter Berita Bola Kelantan.

Ia termasuklah gambar Choi Moon-sik sedang memenuhkan air di dalam kereta sorong dengan kapsyen,” jurulatih saya perlu menjaga rumput setiap hari? Bukankah anda menandatangi kontrak jurulatih saya kepada pasukan anda untuk bola sepak.”

Langkah itu turut menjurus kepada kritikan para penyokong Kelantan terhadap pengurusan tertinggi yang diketuai Zamsaham tersebut.

Diharapkan permasalahan melibatkan kedua-dua belah pihak ini dapat diselesaikan dengan cara baik bagi memastikan perjalanan pasukan Kelantan lancar untuk menghadapi saingan musim ini.