Pengurus Newcastle, Eddie Howe yakin Loris Karius bersedia untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Carabao ekoran penggantungan Nick Pope.
Pope telah dilayangkan kad merah kerana menangkap bola di luar kawasan kotak penalti semasa kekalahan 2-0 Newcastle di tangan Liverpool.
Bermakna dia akan digantung daripada beraksi dalam aksi final Piala Carabao menentang Manchester United di Wembley.
Sementara penjaga gol kedua mereka, Dubravska pula tidak boleh bermain kerana peraturan ‘cup-tied’.
Penjaga gol Jerman, Loris yang menyertai Magpies dalam kontrak jangka pendek – yang telah dilanjutkan hingga akhir musim – sejak bulan September masih belum membuat penampilan sulung untuk kelab itu, tetapi nampaknya semakin pasti akan melakukannya dalam salah satu hari paling bersejarah kelab tersebut.
Ditanya mengenai kesediaan pemain berusia 29 tahun itu untuk berbuat demikian, Eddie Howe berkata: “Itulah sebab kami mengambil pemain dengan profilnya.”
“Dia mempunyai pengalaman dalam perlawanan-perlawanan besar, jadi saya tidak mempunyai keraguan atau isu mengenai keupayaannya untuk berdepan tekanan seperti itu.”
Karius dan Mark Gillespie adalah dua pilihan terakhir Howe untuk Wembley dengan Martin Dubravka, yang mengambil alih daripada Pope, telah bermain dalam pertandingan itu musim ini semasa tempoh pinjaman sementaranya ke United manakala Karl Darlow dipinjamkan di Hull.
Eddie Howe berkata dia tidak risau dengan Loris Karius dan mamahami kekecewaan Pope.
Howe berkata: “Nick sangat kecewa, boleh difahami. Dia hebat musim ini untuk kami dan dia tidak layak terlepas perlawanan, tetapi itulah yang berlaku dan kami akan melihat pilihan kami.”
“Kami mempunyai Loris dan Mark, yang telah berlatih dengan sangat baik musim ini dan telah menjadi sebahagian daripada pasukan penjaga gol sepanjang musim. Mereka berdua cergas dan bersedia untuk bermain.”
Eddie Howe confirms he will have Loris Karius and Mark Gillespie to choose from for the Carabao Cup final.#NUFC
pic.twitter.com/0mFTYJSG2D— Arash Bahrami (@ashbahrami_) February 18, 2023
Karius tidak membuat penampilan kompetitif sejak Union Berlin seri 1-1 Bundesliga dengan Hoffenheim pada Februari 2021, dan mengalami mimpi ngeri peribadi dalam kekalahan 3-1 Liga Juara-Juara Eropah Liverpool kepada Real Madrid pada 2018.
Bagaimanapun, ditanya mengenai mentalitinya, bos Reds Jurgen Klopp berkata: “Saya tidak ragu-ragu tentang itu. Dia seorang penjaga gol yang hebat, itulah sebabnya Newcastle menandatanganinya.”