Ada satu perkara menarik dalam kejuaraan Piala Carabao oleh Manchester United musim ini di mana penjaga gol kedua Newcastle iaitu Martin Dubravka berhak untuk mendapat pingat kejuaraan.
Baca Juga:
- Man United vs Newcastle: Red Devils Juara Piala Carabao 2022/23
- Negeri Sembilan vs Sri Pahang: Tok Gajah Ikat Skuad Jang Di Paroi
- Selangor vs Kelantan United: Tandukan Yazan Al Arab Hadiahkan Tiga Mata
Dubravka menghabiskan separuh pertama musim ini secara pinjaman di Old Trafford dan hanya membuat dua penampilan untuk The Reds. Minit terhadnya di United kesemuanya hadir daripada Piala Liga ataupun Piala Carabao.
Dia berada di gawang untuk kemenangan 4-2 ke atas Aston Villa dan mengekalkan rekod clean sheet dalam kemenangan pusingan keempat ke atas Burnley kendalian Vincent Kompany.
Pada Januari, Newcastle memutuskan untuk memanggil semula penjaga gol tersebut. Menamatkan tempoh pinjaman Dubravka
Disebabkan masanya di United, Dubravka terikat dengan peraturan tidak boleh bermain pada perlawanan akhir.
Dan ia ternyata menjadi masalah besar untuk Newcastle apabila Nick Pope dibuang padang hujung minggu lalu dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool.
Dengan dua penjaga gol pilihan pertama Newcastle diketepikan, Loris Karius beraksi untuk perlawanan akhir. Dan penjaga gol tersebut gagal untuk menghentikan kehebatan Manchester United di Wembley.
Selepas setengah jam aksi, The Reds mendahului menerusi tandukan Casemiro. Lima minit kemudian percubaan Marcus Rashford terbias ke gawang sendiri oleh Sven Botman untuk menggandakan kelebihan United.
Walaupun Dubravka pasti akan kecewa dengan rakan sepasukannya sekarang, dia masih boleh menerima pingat kejuaraan yang berhak menjadi miliknya.
Peraturan EFL menyatakan bahawa 30 pingat akan diberikan kepada kelab yang menang untuk pemain mereka yang mengambil bahagian.
Dalam pertandingan musim ini, Manchester United hanya menggunakan 27 pemain, termasuk Dubravka.
Dia juga menjadi pemain penting untuk United dalam pentas Piala Carabao musim ini.
Believe it or not, Newcastle goalkeeper Martin Dubravka will actually get a winner's medal. #MUFC can hand out 30. He played in Manchester United's wins over Villa and Burnley. pic.twitter.com/Fg9zoFUMtv
— Ben Jacobs (@JacobsBen) February 26, 2023
Ini bermakna secara teori dia boleh diberikan pingat pemenang. Peraturan itu menyatakan: “Selain piala, Jawatankuasa Pengurusan hendaklah menyampaikan 30 medal kepada kelab yang menang dalam perlawanan akhir dan 30 medal kepada kelab yang kalah.”
“Cenderahati tambahan boleh disampaikan dengan persetujuan Jawatankuasa Pengurusan tetapi hendaklah ditanggung oleh kelab yang meminta.”