Malang menimpa pasukan Sri Pahang apabila diaibkan di halaman sendiri selepas tewas 1-5 kepada Terengganu FC (TFC) pada perlawanan pertama pusingan awal TM Piala Malaysia 2022 semalam.
Baca Juga:
- Sri Pahang vs Terengganu: Skuad Penyu Bawa Pulang Kelebihan Selesa
- Sri Pahang vs Sabah: Tok Gajah ‘Terciduk’ Di Minit Akhir Perlawanan
- Dollah Salleh: Kebangkitan Sri Pahang Bukan Kerana Idea Saya Seorang
- Peminat Sri Pahang Persoal Dollah Salleh Masih Dilantik Kendalikan Pasukan
Malah, gawang gol tok gajah mudah dibolosi seawal 47 saat menerusi Kpah Sherman sebelum Nik Sharif menambah gol kedua selang dua minit kemudian sekaligus melemahkan semangat ribuan penyokong yang memenuhi Stadium Darul Makmur.
Pengendali pasukan itu, Dato Dollah Salleh mengakui kecewa dengan barisan pertahanan dan beliau sendiri tak tahu bagaimana mereka boleh ditembusi dengan begitu mudah oleh jentera serangan TFC.
“Memang serba tidak menjadi, dari minit awal kita lepaskan gol dan ini adalah kesilapan besar daripada kami. Bahagian pertahanan begitu longgar, saya tidak percaya perkara ini berlaku begitu sekali.
“Kita tak tahu mengapa para pemain gagal menampung serangan daripada Terengganu, situasi satu lawan satu begitu mudah dipotong oleh pihak lawan. Ini adalah salah satu perkara yang ketara di dalam pasukan,” kata Dollah.
49' GOL | Rembatan Faisal Abdul Halim menewaskan Mamadou Samassa untuk gol ketiga Terengganu!@OfficialPahang 1-3 @FCTerengganu #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/nFqn5XZw67
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 27, 2022
Dalam perlawanan itu, Sri Pahang berjaya merapatkan jurang menerusi Steven Rodriguez pada minit ke 43 namun TFC terus menambah 3 gol lagi di separuh masa kedua.
Bagaimanapun, Dollah berpuas hati dengan prestasi dua pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero yang membuat penampilan sulung dalam Liga Malaysia 2022 pada separuh masa kedua.
Beliau dijangka akan menyenaraikan dua pemain tersebut dalam kesebelasan utama untuk perlawanan kedua di Kuala Terengganu nanti.
“Kita tidak boleh menukar pasukan dengan drastik, disebabkan itu kita kekalkan pemain yang sebelum ini beraksi ketika menang dengan Negeri Sembilan.
“Saya harap kita boleh lakukan sesuatu, saya tidak tahu mengapa pertahanan kita yang mudah ditembusi oleh pasukan Terengganu. Saya nampak kedua-dua mereka boleh diserapkan ke dalam kesebelasan utama,” jelas Dollah.
Untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia, Sri Pahang perlu menjaringkan 5 gol tanpa bolos di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 1 November walaupun sedar bukan mudah untuk beraksi di hadapan ribuan penyokong lawan.