Karim Benzema ditawarkan kontrak luar biasa bernilai €400 juta untuk dua musim oleh kerajaan Arab Saudi. Bersamaan dengan €200 juta semusim.
Bintang asal Perancis itu awalnya dikatakan berminat menerima tawaran itu. Di mana tawaran itu dari kerajaan Arab Saudi.
Antara syarat khas tawaran itu, Benzema bebas memilih mana mana kelab di Liga Pro Saudi. Seterusnya dia juga boleh memilih mana mana kediaman mewah di Arab Saudi.
Benzema akan menjadi duta bagi misi bidaan tuan rumah Piala Dunia 2030 oleh Arab Saudi.
Di samping itu, Benzema akan mengawal sepenuhnya hak imej beliau sendiri. Yang bermaksud dia boleh menikmati tawaran tajaan peribadi tanpa melalui kelab.
Gaji yang ditawarkan adalah €200 juta semusim bersih selepas cukai.
Selepas beberapa hari yang sukar untuk Benzema, kerana dia benar benar serius mempertimbangkan tawaran tersebut. Pada masa yang sama masih sayangkan Real Madrid.
Benzema malah sudah berunding dengan pihak pengurusan Real Madrid berkenaan perkara itu.
Real Madrid agak terkejut dengan perkara tersebut dan sudah menyediakan pelan B untuk menggantikan Benzema iaitu cuba memancing Harry Kane, jika Benzema benar benar serius mahu ke Arab Saudi.
Pemenang Ballon d’Or itu akhirnya memutuskan untuk membuat U Turn dan kekal bersama Real Madrid.
Karim Benzema turut membidas media yang melaporkan dia sudah setuju memeterai perjanjian dengan kerajaan Arab Saudi.