Bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Gabriel Guerra mempunyai jawapan tersendiri ketika ditanya mengenai bekas rakan sepasukan beliau iaitu Gonzalo Cabrera.

Baca Juga:

Kali terakhir Cabrera beraksi bersama JDT dalam saingan Liga Malaysia ialah pada Ogos 2021 ketika aksi Liga Super menentang Sri Pahang.

Cabrera akhirnya dilepaskan oleh JDT pada penghujung musim 2021 walaupun pemain itu dikhabarkan pernah berada di dalam rancangan skuad Harimau Selatan untuk dijadikan pemain naturalisasi. Sejak meninggalkan JDT, Cabrera terus hilang dari radar dan menyepi dalam dunia bola sepak.

Gonzalo Cabrera
Sumber Gambar: Gabriel Guerra

Ketika ditanya mengenai Gonzalo Cabrera, Guerra menegaskan sukar untuk menjawap soalan tersebut.

“Saya tak tahu apa nak bagitahu awak kerana saya tak tahu dia berada dimana,” katanya.

Sebelum ini, pengusaha Fire Barber di Johor Bahru, Johor, Arif Rahimi Saifulizam pernah mendedahkan menerusi Tiktok bahawa Cabrera berkemungkinan masih ada di Malaysia.

Gonzalo Cabrera
Sumber Gambar: JST

“Apa yang dengar masa slow talk dengan Cabrera, dia cakap – I finished contract, no football, no career, stop. (Saya habis kontrak, tiada lagi bola sepak, karier sebagai pemain bola).

“Saya ada hubungi adik ipar dia, dapat contact apa semua terus dia kata Gonzalo (Cabrera) ada kat sini (Malaysia), cuma dia tak nak orang cari dia. Dia selesa hidup low-profile,” katanya.

Pada Jun tahun lalu, terdapat khabar angin bahawa Cabrera bakal kembali ke saingan Liga Malaysia bersama JDT namun pihak kelab terus menafikan perkara itu.