Siapa yang tak kenal Zlatan Ibrahimovic? Pemain legenda dan pemain terbaik dalam sejarah Sweden.

Beliau merupakan pemain paling banyak memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Sweden.

Beliau juga menempa kegemilangan dengan kelab elit seperti Ajax, Juventus, Inter Milan, AC Milan, PSG dan Man United.

Dan sehingga kini Zlatan Ibrahimovic masih berada di lapangan hijau bola sepak tertinggi.

Jika anda melihat kondisi fizikal beliau yang ada pada hari ini, mesti sukar nak membayangkan bahawa dia dahulu seorang kanak-kanak yang kurus dan hidup dalam kedaifan.

Dalam ucapan perpisahannya dengan Sweden ketika bersara, Zlatan memberitahu beliau dibesarkan bandar ‘ghetto’ bernama Malmo.

Zlatan membesar di kawasan yang dibangunkan dengan projek perumahan. Malmo adalah bandar ketiga di terbesar di Sweden.

Ke sekolah untuk makan

Beliau seringkali mengalami hilang keyakinan diri kerana sering diejek oleh rakannya – kerana hidungnya yang besar.

Jika kanak-kanak lain ke sekolah kerana mahu menjadi pandai dan menjadi guru, doktor, jurutera dan peguam sebagai motivasi mereka.

Namun Zlatan Ibrahimovic pula, motivasinya ke sekolah hanya kerana mahu makan sedap. Walaupun bagi ramai kanak kanak yang berada, makanan di sekolah itu tak sedap pun.

Di dalam kepala Zlatan, jika dia tak sekolah hari itu, dia mungkin tak makan tengah hari dengan berlauk.

Zlatan Ibrahimovic kemudian menceritakan, beliau menjadi semakin malu apabila terpaksa diletakkan di kelas murid khas.

Ketika dia semakin membesar, Zlatan Ibrahimovic sama seperti pelajar lelaki yang lain. Mahu menjadi perhatian pelajar perempuan di sekolahnya.

Lalu dia memilih untuk menarik perhatian perempuan dengan bola sepak. Cikgu sukannya sangat kagum dengan keupayaan Zlatan Ibrahimovic.

Padang bola sepak telah mengubah hidupnya di sekolah. Dia mulai menjadi lebih yakin dengan dirinya.

Mahu menawan dunia

Dari kecil lagi dia sudah bercita-cita mahu berdiri di puncak dunia.

Di dalam bukunya, Zlatan berkata: “Saya mahu berdiri di atas dunia, dan menunjukkan kepada semua yang meragui saya, siapa diri saya ‘Akulah Zlatan’.”

“Dan saya tak dapat bayangkan siapa yang dapat menghalang saya.”

Di dalam kariernya Zlatan Ibrahimovic pernah menolak tawaran kontrak $100 juta dari kelab China.

Ini menunjukkan Zlatan Ibrahimovic bukan menjadikan wang sebagai motivasinya. Beliau memang mahu berada di pentas terbaik bersaing dengan yang terbaik.

Beliau menamatkan kariernya di Major League Soccer dengan menyatakan bahawa sudah tiba masanya orang Amerika Syarikat kembali menumpukan kepada besbol, sebab bola sepak di AS sudah tiada selepas Zlatan pergi.

Tidak terhenti di situ, Zlatan Ibrahimovic kembali semula ke AC Milan untuk membantu bekas kelabnya itu yang sedang bergelut.

Karakter yang kuat

Stefano Piolli menegaskan, Zlatan Ibrahimovic mungkin tidak selincah dan selaju dahulu, namun Zlatan tetap pemain yang memberikan auranya kepada pasukan.

Beliau menaikkan keyakinan para pemain lain yang berjuang bersamanya.

Itulah sebabnya Jose Mourinho melupakan beberapa nama pemain lain dan mengejar Zlatan Ibrahimovic untuk dibawa ke Old Trafford.

Mourinho tahu, karakter yang ada pada Zlatan Ibrahimovic adalah karakter yang hilang dalam pasukan United ketika itu. Ego, mentaliti kemenangan yang kuat, sentiasa percaya mereka adalah terbaik.

Manchester-United-Jose-Mourinho-Zlatan-Ibrahimovic-808938

Hasilnya, United ketika itu menamatkan liga di tangga kedua, kemudian berjaya menjuarai Liga Europa dan 1 piala domestik Inggeris.

Kemudian dia berhijrah ke MLS dan menyertai AC Milan. Membantu AC Milan menamatkan kemarau penantian beraksi di UCL dan menjuarai Serie A.

Hidup anak imigran

Zlatan Ibrahimovic lahir dari keluarga imigran Yugoslavia. Ibunnya bekerja sebagai ‘cleaner’ dan ayahnya merupakan penjaga hartanah.

Namun ibu bapanya bercerai ketika Zlatan baru berusia 2 tahun. Mereka kerap berpindah randah. Menurut Zlatan, jarang sekali mereka duduk di satu tempat selama setahun. Ini kerana masalah kewangan.

Ketika perang saudara yang berlaku, rumah mereka pernah hancur. Ayahnya mulai menjadi ketagihan alkohol.

Di dalam peti sejuk mereka, biasanya kosong, tiada daging ataupun makanan lain, yang ada hanyalah bir.

“Ayah saya tak pernah ambil peduli tentang kami adik beradik. Saya menjaga diri sendiri. Mungkin pengalaman itu sakit, tetapi saya tak dapat menceritakannya terlalu terbuka.”

Zlatan Ibrahimovic menyatakan, jika beliau tidak kenal bola sepak, mungkin sudah lama dia menjadi banduan.

Zlatan mendedahkan, ketika kecil dia seorang pencuri yang berbakat dan pernah mencuri basikal seorang posmen tanpa diketahui.

Dia juga pernah mencuri basikal jurulatihnya dari bilik persalinan.

Kemudian, Zlatan Ibrahimovic mahu dirinya dikenali dan dihormati. Dan bola sepak adalah satu satunya perkara yang dia pandai buat.

Zlatan Ibrahimovic berjaya menempa namanya di sekitar Rosengard, sebuah pekan yang didiamai ramai imigran dari Bosnia, Serbia, Somalia, Turki and Poland.

Beliau menjadikan Romario sebagai idolanya, pemain Brazil yang laju. Selepas itu Zlatan Ibrahomovic mengakui Ronaldo R9 juga menjadi idolanya dan mahu menjadi seperti beliau.

Perlahan lahan Zlataan Ibrahimovic meningkat naik daripada sistem bola sepak Sweden dari peringkat remaja dan belia. Beliau kemudian menyertai akademi Malmo.

malmo

Namun karier beliau tidak semudah yang disangka – meskipun Zlatan ada bakat yang hebat. Zlatan Ibrahimovic menyatakan, oleh kerana dia seorang anak imigran.

Seringkali namanya disingkirkan kerana tekanan ibu bapa pemain lain yang anak mereka yang merupakan orang Sweden sebenar, diberikan keutamaan.

Malah perkara yang sama berlaku ketika di kelab. Beberapa kali Zlatan Ibrahimovic dibuang oleh kelab hanya kerana desakan yang serupa.

Sehingga ada rakan sepasukan beliau membuat petisyen untuk menyingkirkan Zlatan daripada pasukan.

Di atas padang, tiada pemain remaja lain yang lebih bagus daripadanya. Zlatan mulai berlagak dan menunjukkan kepada para pemain lain dan ibu bapa mereka bahawa dia terlalu bagus untuk mereka benci.

“Saya memang mahu bermain dengan angkuh. Perkara itu sudah ada lama dalam diri saya, sejak saya kecil lagi. Kamu jangan sesekali tunjukkan kamu lemah di mata orang lain.”

malmo-2001-3-950_523c

Zlatan Ibrahimovic menyatakan, seorang lagi idolanya Muhammad Ali antara atlet legenda yang bangkit daripada diskriminasi dan berada di puncak.

Selepas segala kesukaran dan diskriminasi yang dilaluinya, Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain terbaik yang pernah Sweden miliki.

Bakat beliau terlalu unggul untuk tewas di tangah stereotaip, kebencian, diskriminasi dan rasa cemburu di Sweden.

Zlatan di luar

Rakannya di Amerika Syarikat, Baggio Husidic mendedahkan, beliau selama ini anggap Zlatan seorang yang sombong dan angkuh.

Namun sebenarnya, Zlatan Ibrahimovic sangat baik dan mudah didampingi. Kadangkala, ketika bercakap dengan wartawan beliau suka menggunakan sarcasm, namun ramai yang mengambil serius.

Malah beliau merupakan seorang yang kelakar di dalam pasukan.

Di kala pemain lain gemar menunjukkan kehidupan mewah dengan teman wanita mereka. Zlatan Ibrahimovic pula masih setia dengan Helena Seger.

Seorang uasahawan wanita yang 11 tahun lagi tua daripadanya. Mereka ada anak lelaki bernama Max dan Vincent.

Zlatan+Ibrahimovic+Out+Family+NYC+kGXBvAgyWHVl

Tidak ramai yang tahu Zlatan Ibrahimovic ada jet peribadi. Kerana di media sosialnya lebih banyak memuat naik kehidupan bola sepak dan juga banter.

Dia lebih selesa dikenali sebagai Zlatan sang pemain bola sepak daripada selebriti media sosial.

Malah anjing bulldog-nya yang bernama Trustor ada ruang khas di dalam jet peribadinya itu.

Bekas pemain Liga Perdana Inggeris, Warren Barton dalam analisis beliau di Fox Sports pernah menyatakan: “Ada sesetengah pemain, mereka berjaya kerana penolakan [rejection] yang mereka terima dalam hidup.”

“Pemain seperti Zlatan menjadikan semua itu sebagai motivasi. Dia dengan sendirinya mencipta imej yang dia mahukan untuk dirinya.”

“Perkara seperti ini berlaku dalam hidup kamu ketika kamu membesar. Ada perkara yang kamu jadikan motivasi untuk memacu kamu ke arah kejayaan.”

Lagi artikel menarik untuk anda baca sempena PKP COVID-19 ini seperti dibawah.

Bagaimana Messi Menjadi Penggelecek Unggul Hanya Bersenjatakan Fake Body Feint

Inisiatif Terpuji AS Roma Hantar Bantuan Kepada Pemegang Pas Bermusim Yang Berusia 75 Tahun Keatas

Pengadil Wanita Sepanyol Ini Antara ‘Frontliners’ Yang Sedang Berperang Dengan Wabak COVID-19