Apabila disebut menggelecek atau dribbling, kita semua terus terbayang skil Hollywood seperti flip flap, step over, dan sebagainya.

Namun Lionel Messi pula tidak mempunyai skil kaki (footwork) yang sebegitu. Tetapi beliau masih menjadi penggelecek yang unggul. Dan antara yang terbaik pada generasi beliau.

Prinsipal gelecekan itu sendiri tidak menegaskan langsung skil apa yang digunakan oleh pemain.

Tetapi ia adalah merujuk kepada satu gerakan yang menewaskan lawan, melepasi mereka dengan membawa bola di kaki.

Apa itu fake ‘body feint’?

Ianya adalah senjata gelecekan yang banyak mengacah lawan dengan gerakan bahu dan badan.

Gerakan ini juga dianggap gelecekan tanpa menyentuh bola yang ampuh. Ini kerana pemain lawan akan dikelirukan dengan gerakan bahu dan mereka akan membuka ruang yang kecil untuk dilepasi.

Body feint merupakan salah satu trik yang sangat mudah berbanding dengan teknik gelecekan yang lain.

Namun untuk menajamkannya, memerlukan pemain melakukan latihan yang banyak.

Ada pengulas menganggap skil gelecekan ini sebagai ‘selling the move’ ataupun menjual gerakan badan. Apabila pertahanan sudah ‘membelinya’, pemain penggelecek akan menceroboh masuk ke ruang satu lagi.

Sudah menjadi lumrah manusia untuk cepat bertindak kerana rangsangan daripada otak yang menjangka ke mana sesuatu objek itu akan bergerak dan cuba bertindak lebih awal.

Lionel Messi memiliki gaya gelecekan yang luar biasa ini, kerana aplikasi di dalam perlawanan.

Beliau melakukannya di latihan dan di dalam perlawanan sebenar beribu ribu kali dalam semusim.

https://twitter.com/i/status/1245452079843467266

Selain daripada Lionel Messi, seorang lagi pemain yang ‘low center of gravity’ iaitu Maradona merupakan pemain yang gemilang dengan body feint ini.

Messi paling unggul

Pada November 2019, Opta mengiktiraf Messi sebagai penggelecek paling unggul sejak mereka mengumpul data secara sistematik.

Berikut adalah senarai yang diberikan oleh Opta pada November 2019, menyaksikan Lionel Messi berjaya melakukan 1,880 take-ons  (gelecekan melepasi pemain) sejak mereka merekodkan data opta dari 2013.

https://youtu.be/smSiFQbfVuY

Eden Hazard berada di tangga kedua dan kemudian Cristiano Ronaldo berada di tangga ke-5.

  1. Lionel Messi – 1,880 take-ons completed (57.2%)
  2. Eden Hazard – 1,220 take-ons completed (57.1%)
  3. Franck Ribery – 939 take-ons completed (47.9%)
  4. Sergio Aguero – 832 take-ons completed (46.6%)
  5. Cristiano Ronaldo – 816 take-ons completed (44%)
  6. Joaquin – 798 take-ons completed (50.9%)
  7. Hatem Ben Arfa – 770 take-ons completed (50.6%)
  8. Andres Iniesta – 739 take-ons completed (60.9%)
  9. Roberto Firmino – 736 take-ons completed (56.8%)
  10. Neymar – 734 take-ons completed (50.2%)

Rumusan

Dalam bola sepak, tidak penting pun cara kamu menggelecek, namun apa yang penting adalah menggelecek dan melepasi lawan.

Menggelecek adalah salah satu aktiviti yang sangat mustahak ada pada seorang pemain terutama sekali penyerang.

Dalam pembelajaran asas bola sepak, menggelecek antara perkara pertama anda akan jumpa.

Body feint ataupun fake body feint merupakan salah satu teknik gelecekan yang selalu kita semua terlepas pandang berbanding dengan step over dan skil yang lain.

Lagi artikel menarik untuk anda baca sempena PKP COVID-19 ini seperti dibawah.

Inisiatif Terpuji AS Roma Hantar Bantuan Kepada Pemegang Pas Bermusim Yang Berusia 75 Tahun Keatas

UEFA Sahkan Liga Juara Juara Eropah Digantung

Ini Beza Man Utd Dan Liverpool