Skuad bola sepak lelaki dan wanita pekak Malaysia mendapat slot automatik atas tiket tuan rumah untuk bertanding dalam Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia ke-4 (4th. World Deaf Football Championships ) yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 23 September hingga 7 Oktober 2023.

Sebanyak 24 pasukan bolasepak lelaki dan 10 pasukan bolasepak wanita akan mengambil bahagian di kejohanan ini.

Pada pengundian peringkat kumpulan yang telah di Geno Hotel, Shah Alam jam 2.00 petang semalam, pasukan lelaki negara telah diundi dalam Kumpulan A bersama Turkiye dan Mesir. Satu lagi negara dalam kumpulan A akan diketahui pada Mac tahun depan.

Bagi pengundian kumpulan wanita, Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama Poland, Australia dan China. Satu lagi negara dalam kumpulan A akan diketahui pada Mac tahun depan.

Sekitar majlis undian yang berlangsung di Shah Alam, semalam, Kredit Foto: Malaysian Deaf Sports Association

Majlis pengundian ini telah dijalankan oleh Pengarah Teknikal (TD) International Committee of Sports for the Deaf (ICSD), Brice Alain yang mewakili ICSD dalam majlis pengundian yang disiarkan secara langsung melalui siaran Youtube.

Untuk pengetahuan, penganjuran Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia diadakan setiap empat tahun seperti yang ditetapkan dalam kalender DIFA manakala tuan rumah pula dipilih berdasarkan kepada bidaan yang telah dibuat dua tahun lalu.

Difahamkan, Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras menjadi salah satu venue bagi kejohanan bola sepak paling berprestij buat golongan kelainan upaya (OKU) itu.

Lelaki

Kumpulan A
1. Malaysia
2. Turkiye
3. (Akan diketahui Mac 2023)
4. Mesir

Kumpulan B
1. England
2. Thailand
3. Mali
4. (Akan diketahui Mac 2023)

Kumpulan C
1. Greece
2. China
4. Chile
5. Cameroon

Kumpulan D
1. Perancis
2. Australia
3. Senegal
4. (Akan diketahui Mac 2023)

Kumpulan E
1. Jepun
2. Ukraine
3. Amerika Syarikat
4. Gabon

Kumpulan F
1. Jerman
2. Arab Saudi
3. Iran
4. Argentina

Wanita

Kumpulan A
1. Malaysia
2. Poland
3. Australia
4. (Akan diketahui bulan Mac 2023)
5. China

Kumpulan B
1. Jepun
2. Nepal
3. Turkeye
4. England
5. Amerika Syarikat