Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools menjadi satu diantara ramai pemain yang pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT).
Baru-baru ini, ketika ditemu bual oleh Astro Arena, Dion mendedahkan bahawa beliau pernah dihubungi oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Akan tetapi, Dion menjelaskan perbualan tersebut hanya berkisar mengenai perkembangan semasa kedua-dua pihak dan tidak ada perbincangan mengenai aspek bola sepak.
“Sebenarnya, ia bukan seperti sesuatu yang sudah dilengkapkan, saya ada berhubung dengan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim).
“Ia lebih kepada perbualan mesra dan amat baik untuk dapat berjumpa dan berbual dengan Tunku Mahkota. Ia perbualan yang baik.
“Beliau juga menujukkan saya mengenai apa yang telah dilakukannya untuk JDT dan ia amat luar biasa.
“Rakaman yang saya tonton amat hebat dan sudah pasti ia akan lebih menarik jika dapat disaksikan secara langsung.
“Mungkin saya akan melakukan lawatan. Itu perancangan saya kerana ia pasti amat menarik.
“Tetapi tidak ada perbincangan yang benar-benar mengenai aspek bola sepak.
“Ia hanya perbualan mesra dan juga mengenai keadaan bola sepak di Eropah,” katanya.
Pada masa yang sama, pemain yang beraksi bersama FC Midtjylland salam saingan Danish Superliga itu menyuarakan minat untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan apabila dipanggil.
Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools di sini:
Johan Dion Cools Berminat Untuk Sarung Jersi Skuad Kebangsaan
Johan Dion Cools Terlepas Peluang Raih Kejuaraan Liga Pro Belgium
Johan Dion Cools Sah Sertai Kelab Liga Denmark, FC Midtjylland