Penyerang import dari Brazil, Diogo luis Santo sah meninggalkan bekas juara saingan Thai League 1, BG Pathum United setelah dua setengah musim beraksi bersama pasukan itu.
Baca Juga:
- JDT Lantik Bekas Anggota Tentera Sebagai Ketua Keselamatan Stadium
- Diogo Luis Santo Jaringkan Gol Pertama Bersama BG Pathum United
- Marshall JDT Jelaskan Sebab Bendera Malaysia Tidak Dibenarkan Berkibar Di SSI
Perkara ini diumumkan sendiri oleh Diogo menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang telah memberikam sokongan kepadanya dan juga pasukan sepanjang menyarung jersi pasukan yang berpusat di Pathum Thani itu.
“Kontrak saya bersama BG Pathum United telah ditamatkan. Terima kasih kepada semua penyokong pasukan,” katanya.
Diogo Luis Santo menyertai BG Pathum pada Disember 2020 setelah beraksi selama dua musim bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana beliau membantu pasukan itu memenangi saingan Liga Super (2019,2020), Piala Malaysia (2019) dan Piala Sumbangsih (2019,2020).
Bersama BG Pathum, penyerang berusia 35 tahun itu tampil dalam 27 perlawanan dan menjaringkan 17 gol sekaligus membantu skuad The Rabbits memenangi saingan Thai League 1 musim 2020/2021 dan Thailand Champions Cup pada tahun 2021 dan 2022.
Masih belum diketahui destinasi seterusnya bagi bekas pemain Buriram United dan Olympiacos itu sama ada kekal beraksi di Thailand atau mencuba cabaran baharu dengan beraksi di negara lain.
Bekas pemain skuad B-20 Tahubn Brazil itu dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk mencari pasukan baharu kerana rekod jaringan beliau yang cemerlang baik ketika beraksi di Thailand mahupun Malaysia.
Diogo telah menjaring 218 gol sepanjang beraksi di Thailand manakala ketika menyarung jersi JDT, beliau menjaringkan 16 gol, satu rekod yang cukup baik oleh pemain import di rantau Asia Tenggara.