Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dalam satu sidang media sebentar tadi mengesahkan penyerang pasukan itu, Diogo Luis Santo akan kembali ke Liga Thailand musim depan.
Beberapa hari lepas, portal bola sepak tersohor Thailand, Buaksib Ball Thai mendedahkan Diogo akan menyertai kelab BG Pathum United apabila pusingan kedua Thai League 1 bermula.
Dalam kemaskini tersebut, laman sosial itu turut menyatakan bahawa persetujuan telah dicapai dan menanti ujian perubatan sebelum menandatangani kontrak bersama kelab dari Bangkok itu.
Camilo Da Silva to replace Diogo at JDT. TMJ confirmed capture of Daniel Amier too.
— Vijhay Vick (@vijhayvick) October 21, 2020
TMJ turut mengumumkan mereka telah mendapat seorang penyerang import baharu dari Brazil bagi menggantikan tempat Diogo. Pemain tersebut ialah Camilo Da Silva atau dikenali sebagai Camilo Sanvezzo yang pernah beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS) bersama kelab Vancouver Whitecaps FC dengan rekod 43 gol dalam 102 penampilan.
Pada musim 2013, Camilo telah menerima pelbagai anugerah sebagai penjaring terbanyak MLS, dipilih dalam kalangan MLS All-Star, dan jaringannya turut diangkat sebagai gol terbaik tahunan MLS.
Bola sepak Asia bukanlah asing bagi pemain yang berusia 32 tahun itu kerana sebelum ini beliau pernah beraksi dalam saingan Liga Korea bersama kelab Gyeongnam FC sebelum ke MLS.
#MásAcciónMásDiversión#ViernesBotanero 🍟🌭🍔#MazatlánvsJuárez ⚓🆚🐴
¡Goool de Mazatlán! ⚽ Camilo Sanvezzo como DEUS.💜
Regístrate y recibe $400 GRATIS para apostar en #Guardianes2020 con @calientesports📲 https://t.co/UvZD9hks6G
🔴 EN VIVO por: https://t.co/I0BZP9Sw2D pic.twitter.com/33NpbwAYUp
— TV Azteca Deportes (@AztecaDeportes) October 17, 2020
Ketika beraksi dengan kelab Mexico, Queretaro FC, Camilo dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan rekod 12 gol dalam Liga Apertura 2014. Beliau turut membantu kelab tersebut menjuarai Copa MX dan Supercopa MX pada tahun 2016 serta 2017.
Pada musim 2019-2020, beliau beraksi dengan 2 kelab divisyen utama Mexico iaitu Tijuana dan Mazatlan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Media Thailand Ini Dedahkan Diogo Luis Santo Capai Persetujuan Sertai Kelab BG Pathum United
Selepas Muangthong United dan Bangkok United, Giliran Jurulatih Buriram United Pula Letak Jawatan
Kemasan Dalaman Bas BG Pathum United Ini Mirip Tempat Duduk Penerbangan ‘Business Class’