Diego Costa telah didenda €543.208 bersamaan dengan RM2.63 juta oleh kerajaan Sepanyol  kerana penipuan cukai.

Namun Costa tidak akan dihukum penjara enam bulan, seperti biasa di bawah undang-undang Sepanyol. Kerana beliau boleh menggantikan hukuman itu dengan denda.

Di Sepanyol, untuk kesalahan yang bukan jenaya kekerasan, yang dihukum penjara di bawah dua tahun, pesalah boleh meminta menggantikannya dengan denda.

Di bawah peruntukan ini, Diego Costa akan membayar tambahan €36,000 – dikira sebagai denda 12 bulan dengan nilai €100 sehari.

Penyerang Atletico Madrid, Costa muncul di kompleks mahkamah di ibu negara Sepanyol pada hari Khamis, memakai pelitup muka.

0_Trial-of-Brazilian-Spanish-striker-Diego-Costa-for-alleged-tax-offense-Madrid-Spain-04-Jun-2020

Selepas memahami pertuduhan ke atasnya, Diego Costa kemudian mengaku bersalah di atas pertuduhan ke atasnya.

Tuduhan tersebut berkaitan dengan pengaturan hak imej / wang tajaan yang dibuat atas nama Costa ketika beliau berpindah dari Atletico ke Chelsea pada tahun 2014.

Costa didapati telah melarikan diri daripada membayar cukai sebanyak €1.1 juta. Namun jumlah itu telah dibayar sepenuhnya oleh pemain berusia 31 tahun itu pada tahun lalu.

Pejabat Pendakwaraya telah mengesyorkan hukuman penjara enam bulan dan denda €507,208.

Mundo Deportivo melaporkan: “Diego Costa mencapai kesepakatan dengan Pejabat Pendakwaraya beberapa bulan yang lalu dan telah membayar denda sekali dengan faedah,” kata seorang jurucakap Atletico.

“Cadangan meminta hukuman penjara telah ditarik balik.”

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Luka Modric dan Javier Mascherano adalah antara pemain bola sepak yang telah melanggar undang-undang cukai di Sepanyol sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Spurs Pinjam RM941 Juta Dari Bank Of England Untuk Atasi Kerugian RM1.1 Billion

5 Pemain Bintang Elit Kelahiran Akademi Sporting Lisbon

 

5 Pemain Berbakat EPL Yang Tidak Dapat Pamer Prestasi Musim Ini Kerana Kecederaan