Nama Antony hari ini menjadi trending di media sosial kerana didakwa pukul perempuan. Tuduhan itu dibuat sendiri oleh bekas teman wanita yang pernah menjadi pasangan hidupnya, Gabriela Cavallin.
Baca Juga:
- Sancho Dedahkan Pembohongan Ten Hag
- Antony Didakwa Pukul Dan Cederakan Bekas Teman Wanita
- Ten Hag Salahkan Pengadil Punca Manchester United Kalah
Gabriela berkata dia ada segala bahan bukti yang kukuh berbentu foto dan juga perbualan WhatsApp dengan pemain itu.
Gabriela Cavallin turut memuat naik beberapa gambar bukti kecederaan dialaminya kerana diserang Antony. Antaranya, kesan luka pada jarinya yang didakwa kerana dihiris oleh Antony dengan kaca.
Kecederaan lain termasuk di bahagian kepala dan juga tangan. Terdapatn lebam dan juga luka yang jelas.
Cavallin sebelum ini pernah mendesak polis Brazil untuk menangkap Antony kerana kes keganasan rumah tangga ke atasnya.
Antony turut dituduh melakukan ugutan bunuh ke atas wanita itu.
Kejadian keganasan pertama berlaku pada 2021, ketika mereka sedang bercuti di Brazil. Di mana Antony menyumbat Gabriela di dalam keretanya dan mulai memarahinya.
Antony turut mengancam akan menghumban Gabriela Cavallin keluar dari kereta yang dipandu pada kelajuan tinggi.
Kejadian kedua berlaku di Manchester pada Januari tahun lalu. Di mana Antony didakawa telah menumbuk Gabriela di bahagian payudara wanita itu sehingga silikon yang dipasangnya telah rosak.
Pemain Manchester United itu sudah mempertahankan dirinya dengan menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya.
Menurutnya tuduhan Gabriela itu tidak berasas. Dia mengakui hubungan percintaan mereka memang toksik. Di mana kedua dua mereka seringkali memaki hamun antara satu sama lain.
Namun Antony menafikan sama sekali dia pernah menyerang Gabriela secara terbuka.
Dia bertekad mahu membersihkan namanya yang tercemar dan sedia memberikan kerjasama yang diperlukan oleh pihak berkuasa di Brazil.
Official statement by Antony tonight on Instagram regarding news of São Paulo court investigated him for domestic violence against ex-girlfriend Gabriela Cavallin. 🚨⤵️ #MUFC pic.twitter.com/KVUsTRqjiy
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 4, 2023
Brazil mengambil langkah untuk menggugurkan nama Antony yang kini terpalit dengan skandal pukul perempuan. Jika didapati bersalah pemain itu berisiko kehilangan tempat dalam skuad Brazil buat selamanya.
Begitu juga dengan kariernya di Man United juga berisiko terancam. Namun buat masa ini, kes ini masih dalam siasatan. Man United masih tidak mahu memberikan sebarang komen tentangnya.