Pengurus Perancis,  Didier Deschamps telah menolak sebarang kemungkinan untuk panggil semula Karin Benzema bagi aksi final Piala Dunia 2022, walaupun skuadnya kini bergelut dengan masalah kecergasan.

Baca Juga:

Benzema merupakan pemain yang baru sahaja memenangi Ballon d’Or dan berada di kemuncak prestasinya dalam beberapa musim ini.

Karim Benzema tidak pernah disingkirkan oleh Perancis dalam senarai pendaftaran pemain. Dan dia sudah kembali semula beraksi dalam aksi pemanas badan Real Madrid.

Karim Benzema

Beberapa pemain Perancis diserang penyakit misteri sebelum aksi final. 2 pemain bek tengah, Raphael Varane, Ibrahima Konate antara yang terbaru diserang penyakit tersebut.

Bercakap tentang kesihatan para pemainnya, Deschamps berkata:

“Kami cuba mengambil seberapa banyak langkah berjaga-jaga yang mungkin, untuk menyesuaikan diri seperti yang diperlukan dan akan meneruskannya.”

“Jelas sekali adalah lebih baik jika ini tidak berlaku tetapi kami akan mengendalikannya sebaik mungkin dengan kakitangan perubatan kami.”

Selepas beberapa hari mengambil langkah penjagaan yang boleh dianggap intensif, berita baiknya terdapat 24 pemain menyertai sesi latihan terakhir Perancis.

Wartawan kemudian bertanya tentang Karim Benzema yang boleh dipanggil untuk menyertai mereka secara mengejut.

Benzema sebelum ini menarik diri daripada skuad Perancis kerana kecederaan. Ianya berlaku sebelum Piala Dunia bermula. Benzema menyatakan dia menarik diri demi kebaikan negara dan memberikan peluang kepada pemain yang cergas untuk mengisi slotnya.

Tetapi nama Benzema masih ada dalam pasukan Perancis.

deschamps tak minat panggil benzema

Deschamps beberapa minggu lalu menyatakan bahawa dia tak akan memanggil Benzema dan perkara itu sudah dibincangkan dengan Karim Benzema sendiri.

Deschamps sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa Perancis tak akan panggil semula Karim Benzema. Ini kerana menurut Deschamps dia sudah menggunakan 24 pemain sepanjang pertandingan ini.

“Saya tahu bahawa beberapa pemain telah cedera [sebelum pertandingan bermula], Karim Benzema adalah salah seorang daripada mereka, Lucas Hernandez cedera pada perlawanan pertama dan sejak itu saya hanya mempunyai 24 pemain dalam skuad saya,” kata Deschamps.

“Mereka adalah pemain yang saya gunakan. Jadi saya rasa tidak adil untuk bertanya tentang pemain yang tiada di sini.”

“Saya fokus kepada skuad saya dan pemain yang saya gunakan. Saya kehilangan pemain-pemain itu daripada skuad saya walaupun mereka berada di dalamnya sebagai permulaan.”

Benzema telah menjaringkan 37 gol dalam 97 penampilan untuk Perancis tetapi mempunyai sejarah yang agak tidak indah bersama Perancis.

Dia pernah dibekukan daripada panggilan kebangsaan sejak 2015 sehingga 2021.

Benzema kemudian kembali semula dalam Euro 2020 yang lalu.

Pemain berusia 34 tahun itu kemudian menyiarkan mesej yang agak samar samar di Instagram pada hari Jumaat – memuatn naik swafoto dengan kapsyen “Saya tidak kisah.”

Perancis dalam misi mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi pada 2018 berdepan dengan Argentina yang diketuai Lionel Messi.

Benzema dan beberapa pemain yang cedera sebelum pertandingan telah dijemput oleh FFF untuk aksi final dan boleh meraikan kejayaan bersama sama dengan Perancis jika pasukan itu juara. Namun Benzema dikatakan menolak pelawaan itu.