Delegasi kelab Juara Liga Super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengorak langkah ke hadapan apabila berada di Turin, Itali untuk mempelajari cara pengurusan bola sepak kelab gergasi Serie A, Juventus FC.

Selain itu, mereka juga turut belajar tentang penjagaan Stadium dan kursus kejurulatihan kelab tersebut. Ia adalah sebahagian daripada hubungan kerjasama di antara JDT dengan Juventus yang dimenteraikan pada bulan Mac lalu.

“Delegasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di Turin sebagai sebahagian daripada kolaborasi Harimau Selatan bersama gergasi Itali, Juventus FC. Ini merupakan hasil dari perbincangan positif antara DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja dan Andrea Agnelli, Pengerusi Juventus ketika lawatan baginda pada Mac lalu.

“Antara perkara yang terkandung dalam agenda adalah kursus kejurulatihan, pembangunan bola sepak – pengurusan, kemudahan dan belia – serta penjagaan stadium,” kata kenyataan daripada laman facebook JOHOR Southern Tigers.

71089215_1458032217693406_6202698336164642816_o
FOTO: JST

Menurut JST, delegasi JDT tiba pada hari Isnin dan terus menuju ke Stadium Allianz di mana Alberto Pairetto, ‘Head of Stadium Revenue’ memberikan taklimat mengenai pengkomersilan Stadium Allianz.

Mereka akan berada di sana untuk beberapa hari bagi mempelajari apa yang dilakukan oleh Juventus sebelum kembali ke Johor. Juventus adalah kelab yang paling berjaya di Itali dan telah memenangi 35 kejuaraan Serie A.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan JDT, boleh baca di pautan dibawah. 

Carlos Tevez Bakal Sertai JDT Musim Depan?

Piala Malaysia 2019: JDT Pasukan Pertama Tempah Tiket Separuh Akhir

Syafiq Ahmad: Fasiliti JDT Bantu Kembali Dari Kecederaan, Beri Sumbangan Berharga Untuk Pasukan Kebangsaan