Penyerang Kitchee SC, Dejan Damjanović terus menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim ini dimana beliau menjadi pemain pertama yang menjaringkan 40 gol dalam sejarah saingan berkenaan.
Dejan menjaringkan gol tunggal ketika Kitchee menewaskan Guangzhou Evegrande Sabtu lalu dengan keputusan 1-0 dimana beliau menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70.
Congratulations @Boske9!
Break the #ACL all-time scoring record ✅
Break the 40-goal barrier ✅
What's next for the legend? 🤔#ACL2021 https://t.co/ZuUBnmBZOH— #ACL (@TheAFCCL) July 3, 2021
Gol tersebut merupakan jaringan ke-40 pemain berusia 39 tahun itu dalam saingan ACL sekaligus mencipta sejarah sebagai pertama yang mencipta rekod tersebut.
Kebanyakan gol yang dicipta oleh Dejan Damjanović dihasilkan ketika beliau beraksi bersama kelab Korea, FC Seoul pada musim 2008 hingga 2013 selain tempoh kali kedua Dejan bersama kelab itu pada 2016-2017.
Selain menjaringkan gol bersama FC Seoul, Dejan turut menyumbang jaringan bagi dua lagi kelab iaitu Suwon Samsung Bluewings dan pasukan terkini beliau iaitu Kitchee.
Dalam carta penjaring terbanyak, Dejan meninggalkan legenda Korea Selatan, Lee Dong-gook (37 gol) di tangga kedua dan pemain naturalisasi China l, Elkeson (30 gol) di tangga ketiga.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Hadi Fayyadh Meriahkan Pertandingan Jom Timbang Bola Nuri 2021
Terengganu FC Buka Kafe Minuman Rasmi Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin