Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) mengorak langkah ke hadapan apabila memiliki sebuah kafe minuman sendiri yang akan mula dibuka pada hari esok (4 Julai 2021) dimana ianya merupakan cabang perniagaan terbaru TFC dibawah seliaan Terengganu Football Club Sdn Bhd dalam langkah agresif syarikat ini untuk menjana pendapatan kelab.
Dinamakan sebagai TFC Lab dan menggunakan slogan “Coffee & Football” bakal menjanjikan suasana kafe minuman berunsurkan bola sepak dan semestinya bertemakan pasukan TFC sendiri.
Kafe ini terletak di pintu masuk Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan juga akan menjadi tempat persinggahan para penyokong Terengganu untuk mengisi perut sebelum menonton perlawanan bola sepak di stadium tersebut.
Lebih menarik, para pemegang kad keahlian TFC bakal menikmati potongan harga 10% bagi setiap pembelian di kafe tersebut. Operasi jualan secara ‘take-away’ akan bermula pada hari esok sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut kenyataan rasmi, kafe tersebut dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis. Mereka akan beroperasi bermula pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam.
☕️⚽️ TFC LAB “COFFEE AND FOOTBALL” ⚽️☕️
Kepada sang pencinta kopi dan bola sepak, disini kami bakal menyatukan anda !! 🖤#TFCLab#CoffeeAndFootball pic.twitter.com/q4pY8jV3ug
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 3, 2021
Pelbagai jenis minuman terdapat di kafe ini dan sudah tentu mereka akan mempertimbangkan untuk menyediakan makanan popular terengganu iaitu nasi dagang dan keropok lekor sebagai menu tambahan.
Penyokong bukan sahaja dapat menikmati kopi berasap dengan latar muzik yang menenangkan tetapi mereka juga berpeluang bersembang serta berbincang dengan rakan-rakan mengenai perlawanan bola sepak di stadium tersebut.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
Perak Perkenalkan Jersi Ketiga Dan Kit Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun Ke-100
Arif Aiman Dan Hakimi Abdullah Pemain Muda Paling Bernilai Liga Malaysia
Yusri Che Lah Tagih Peningkatan Prestasi Skuad Projek FAM-MSN