Bekas penjaga gol skuad kebangsaan England, David James berpendapat bahawa tonggak Arsenal, Bukayo Saka perlu untuk meninggalkan Arsenal untuk memenangi lebih banyak trofi dalam kariernya.

Baca Juga:

Kelab yang dirasakan terbaik buat pemain muda berbakat besar itu menurut pandangan James adalah Manchester City.

Saka membuat penampilan sulung bersama skuad senior Arsenal pada 29 November 2018 selepas menggantikan Aaron Ramsey ketika aksi Liga Europa menentang Vorskla Poltava dimana beliau beraksi selama 22 minit.

Musim seterusnya menyaksikan Unai Emery membuka ruang seluas-luasnya buat Saka untuk membuktikan kemampuan walaupun pada usia yang baharu mencecah 18 tahun.

Peluang yang nyata tidak disia-siakan oleh Saka sehinggakan pada ketika ini beliau sudah pun menjadi antara tonggak di jentera tengah Arsenal.

“Saya sangat menyukai apa yang Mikel Arteta lakukan di Arsenal dan Bukayo Saka memainkan peranan penting buatnya, saya boleh [memahaminya], bagaimanapun saya faham mengapa pemain mahu berhijrah.”

“Apa yang terbaik buat Bukayo? Sudah tentu, sekiranya anda mahu menjadi sebahagian daripada revolusi, anda harus kekal di Arsenal kerana mereka kini sedang membina sesuatu dan mereka sudah 18 tahun tidak memenangi liga.”

“Anda merupakan sebahagian daripada revolusi sekiranya anda boleh membantu Arsenal untuk bersaing merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris tetapi sekiranya anda mahu memenangi piala dengan pantas, maka anda hampir dijamin dengan kejuaraan sekiranya berhijrah ke Manchester City.”

“Saya percaya dia mampu menjadi tambahan sangat hebat buat Manchester City. Saya mempunyai ramai kawan di Arsenal, jadi saya percaya dia seharusnya berpindah ke Manchester City,” ujar David James menurut sumber Sport Bible.

Saka kini cemerlang bersama Arsenal apabila berjaya menjaringkan satu gol dan mencipta empat bantuan jaringan selepas beraksi kesemua tujuh perlawanan dalam kempen Liga Perdana Inggeris 2022/23.
Lebih menarik untuk diperkatakan, Arsenal kini sedang memimpin carta liga dengan 18 mata hasil enam kemenangan dan satu kekalahan. The Gunners berkelebihan satu mata di belakang Manchester City dan Tottenham Hotspur.
Sumber