Persatuan Bola Sepak Brunei (FABD) mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan dengan Datuk K. Rajagobal untuk berpisah pada penghujung Januari 2022 walaupun masih mempunyai baki kontrak selama setahun.
Menurut laporan Aseanfootball.org, ianya keputusan yang sukar dibuat oleh FABD kerana Rajagobal telah berkhidmat dengan cemerlang sejak Februari tahun lalu.
Selain itu, situasi wabak pandemik COVID-19 telah memberi kesukaran kepada kedua-dua pihak untuk merancang perlawanan persahabatan di peringkat antarabangsa sehingga gagal menyertai Piala AFF.
“Dalam mengiktiraf sumbangannya, FABD melahirkan rasa terima kasih di atas perkhidmatannya yang singkat tetapi memberi impak dan sedih melihatnya pergi dalam keadaan yang tidak tepat pada masanya,” tulis kenyataan rasmi.
#BREAKING | 🇧🇳 BRUNEI PART WAYS WITH RAJAGOBAL
The FA of Brunei Darussalam (FABD) and Malaysian's coach, Datuk K. Rajagobal 🇲🇾 have mutually agreed to part ways by end of January 2022.#FABD #AFF #Bruneifootball pic.twitter.com/qyc4teu4PH
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) January 22, 2022
Sejak dibawah kendalian Rajagobal, Brunei tidak menghadapi sebarang perlawanan persahabatan antarabangsa dan turut menarik diri daripada aksi play-off Piala Suzuki AFF 2020 menentang Timor Lester tahun lepas.
Bagaimanapun, bekas jurulatih PKNS FC dan Harimau Malaya itu berjaya raih kemenangan pertama menentang kelab tempatan, Kasuka FC, 4-0 pada bulan Mac 2021. Kemudian, mereka seri 1-1 pada perlawanan kedua menentang pasukan Pilihan Liga Super Brunei.
Datuk @RajagobalRg got off to a winning start as Brunei beat Kasuka FC 4-0 in an exhibition match. pic.twitter.com/A7tPfaejdm
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) March 27, 2021
Perkembangan itu membangkitkan rasa teruja dalam kalangan penyokong Brunei dan mereka berharap jurulatih yang berusia 64 tahun itu dapat mengubah prestasi pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.
Pasukan Brunei kini menduduki ranking ke-188 dunia dan sudah lama tidak memenangi apa-apa kejuaraan di peringkat antarabangsa. Pencapaian terbaik Brunei ialah meraih kedudukan ke 4 dalam Piala Solidariti AFC pada tahun 2016.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Witan Sulaeman Sertai FK Senica, Bakal Beraksi Bersama Egy Maulana Vikri
Ikhsan Fandi Jaringkan Dua Gol, Bantu BG Pathum Tewaskan Songkhla FC
Kurniawan Berkelana Ke Itali, Jadi Penolong Jurulatih Kelab Serie B