Pengendali skuad B-22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memilih pemain pertahanan Kuala Lumpur, Irfan Zakaria untuk mengisi kuota pemain lebih umur bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

Pemilihan Irfan ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman media sosial rasmi badan induk bola sepak negara itu pada semalam dimana Irfan mula menyertai sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Datuk Ong Kim Swee
Sumber Gambar: KL Hawks

Irfan sendiri bukanlah satu nama asing dalam skuad kendalian Datuk Ong dimana beliau pernah beraksi dalam temasya Sukan SEA edisi 2017 serta beberapa kejohanan peringkat Asia seperti AFC B-23 pada 2018 di China serta Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Pemain berusia 24 tahun itu sering diletakkan di posisi pertahanan tengah dalam sistem tiga pertahanan yang selalu diterapkan oleh Datuk Ong dan beliau menampilkan aksi yang memberangsangkan setiap kali diturunkan.

Datuk Ong Kim Swee
Sumber Gambar: Sports247.my

Temasya Sukan SEA membenarkan seramai tiga pemain untuk mengisi kuota pemain lebih umur. Dengan terpilihnya Irfan, FAM mengesahkan dua lagi pemain akan dipanggil oleh Datuk Ong Kim Swee dan kemudiannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Malaysia merupakan penyandang pingat perak dimana mereka tewas kepada pasukan Thailand pada perlawanan penentuan pingat emas dua tahun lalu.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

Tan Cheng Hoe Yakin Skuad Harimau Malaya Mampu Lakar Kejutan

Harimau Malaya Tewaskan Maldives Dalam Perlawanan Tertutup

Datuk Ong Kim Swee: Jangan Pandang Rendah Cabaran Pasukan Lain