Skuad Harimau Malaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan yang berada di ranking 154 dunia iaitu Maldives dalam perlawanan pemanas badan secara tertutup di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.
Ia adalah sebahagian daripada persiapan awal sebelum menghadapi dua perlawanan penting menentangThailand dan Indonesia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu depan.
Perlawanan tersebut disertai oleh 12 pemain yang telah melapor diri sejak hari ahad lalu. Beberapa pemain dari Kedah dan JDT yang terlibat dalam aksi final Piala Malaysia turut hadir menyertai kem latihan pusat.
Malaysia mendahului pada babak pertama menerusi Syahmi Safari seawal minit kelapan sebelum Maldives menyamakan kedudukan hasil jaringan Ahmed Rizuvan pada penghujung babak kedua, minit ke-60.
Gol kemenangan Malaysia dijaringkan pemain gantian, Baddrol Bakhtiar pada babak ketiga/terakhir menerusi sepakan penalti, minit ke-72.
Maldives yang dibimbing Petar Segrt sudah berada di Malaysia sejak minggu lalu. Mereka akan menentang Filipina pada 14 November ini sebelum bertemu Guam pada 19 November.
Baca juga artikel mengenai perkembangan pasukan lain dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.