Bekas ketua jurulatih pasukan negara, Datuk K.Rajagobal tidak ketinggalan menyampaikan takziah di atas pemergian bekas pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Alfred Riedl.

Rajagobal dan Alfred pernah menjadi rival pada 2009 hingga 2010, lebih tepatnya ketika kedua-dua jurulatih ini mengendalikan pasukan ketika temasya Sukan SEA dan juga saingan Piala AFF Suzuki yang menyaksikan Rajagobal muncul sebagai pemenang.

Yang paling diingati ialah ketika Piala AFF yang menyaksikan Malaysia muncul sebagai juara ketika ini. Skuad kendalian Riedl menewaskan Malaysia dengan keputusan 5-1 pada perlawanan peringkat kumpulan sebelum Harimau Malaya bangkit di pentas akhir.

Malaysia muncul sebagai juara selepas menewaskan Indonesia dengan keputusan 4-3 secara agregat sekaligus memberikan kejuaraan pertama dalam saingan itu.

Alfred Rield dianggai sebagai salah satu jurulatih terbaik yang pernah membimbing skuad Garuda dimana pengendali dari Austria itu membantu Indonesia mara ke dua perlawanan akhir Piala AFF Suzuki, satu ketika saingan edisi 2010 dan satu lagi ketika saingan edisi 2016. Malangnya, Indonesia tewas kedua-dua pada dua perlawanan akhir ini.

Baca artikel lain mengenai Datuk K.Rajagobal di sini:

Datuk K.Rajagobal Sifatkan Kejayaan Sukan SEA 2009 Dan Piala AFF 2010 Sebagai Pencapaian Terbaik Pasukan Negara

“Kita Tidak Boleh Bandingkan Skuad Saya Dengan Tan Cheng Hoe”

Datuk K.Rajagobal Sifatkan Vietnam Berada Di Tahap Tersendiri Sejak Dibimbing Park Hang-seo