Bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal memulakan tugas pertamanya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Brunei minggu ini sejak dilantik secara rasmi pada Januari lepas.
25 pemain telah dipilih menjalani latihan pusat sehingga 17 Februari ini dan Rajagobal mempunyai misi untuk membawa Brunei layak ke saingan AFF Suzuki Cup 2021 secara merit.
Ini juga adalah kemunculan semula Rajagobal di pentas antarabangsa dalam tempoh tujuh tahun selepas membimbing skuad Harimau Malaya bermula 2009 sehingga 2013.
National Head Coach @rajagobalRg has moved into the NFABD headquarters, currently planning his moves for the national team.
Better things are yet to come, stay tuned!#nfabd #bruneifootball pic.twitter.com/1UDXbxL3I5
— Football Association of Brunei Darussalam (@bruneifootball) February 3, 2021
“Misi utama kita adalah memenangi perlawanan ‘play-off’ untuk layak beraksi di peringkat kumpulan. Itu tugas pertama dan sasaran jangka pendek saya sebagai jurulatih.
“Memang satu cabaran pergi ke sesebuah pasukan baharu dan cuba dapatkan keputusan positif dalam masa sebulan atau dua bulan tetapi jika dalam tempoh yang singkat kami berjaya lakukan, itu satu tanda yang baik,” katanya/
Berdasarkan tinjauan di media sosial, peminat bola sepak Brunei sangat teruja dengan kehadiran Rajagobal dan mereka berharap jurulatih yang berusia 64 tahun itu dapat mengubah prestasi pasukan kebangsaan mereka.
Pasukan Brunei kini menduduki ranking ke-191 dunia dan sudah lama tidak memenangi apa-apa kejuaraan di peringkat antarabangsa. Pencapaian terbaik Brunei ialah meraih kedudukan ke 4 dalam Piala Solidariti AFC pada tahun 2016.
Rajagobal adalah individu bertanggungjawab membawa Malaysia muncul juara Kejuaraan AFF buat julung kali pada 2010 selain turut membimbing Skuad Bawah 23 Tahun negara mengakhiri kemarau 20 tahun meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.
AFF Suzuki Cup 2021 dijadualkan berlangsung pada bulan Disember 2021 dengan perlawanan play-off akan diadakan sebelum majlis undian rasmi peringkat kumpulan kejohanan dwitahunan itu.
Baca artikel lain mengenai saingan AFF Suzuki Cup yang penah disiarkan dalam Vocket FC melalui pautan dibawah.
Tarikh Kejohanan AFF Suzuki Cup Diubah Lagi, Akan Berlangsung Pada Bulan Disember 2021
TERKINI: Jawatankuasa Kecemasan AFF Cadangkan Kejohanan AFF Suzuki Cup Ditunda Ke Tahun 2021
TERKINI: Tarikh Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 Terbongkar, Dilangsungkan Pada Bulan Ramadhan 2021?