Bekas pemain skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir memberi nasihat kepada pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin agar tidak mengendahkan dakwaan “kabel” dan membuktikan bahawa beliau sememangnya layak beraksi di Eropah.
Baru-baru ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa Luqman sebenarnya bukan dibeli oleh KV Kortrijk, melainkan ada permintaan khusus yang berbaur politik agar pemain itu beraksi di Eropah.
Datuk Jamal berkata dakwaan tersebut tidak seharusnya diberi perhatian dan pemain skuad B-19 tahun negara itu perlu membuktikan kemampuan beliau.
“TMJ komen berdasarkan apa yang dia dapat dan kalau benar Tan Sri Vincent Tan sendiri yang yang bagi tahu, jadi betullah. Tapi itu perkara lain, benda yang positifnya adalah Tan Sri memberi ruang kepada anak Malaysia beraksi bersama kelabnya.
“Ini yang kita harapkan kepada rakyat Malaysia yang memiliki kelab di Eropah untuk membantu membawa pemain berbakat dari negara ini mendapat pendedahan berguna di sana kerana sebagai pemilik kelab, dia ada hak nak bawa sesiapa pun.
“Tapi saya rasa Luqman memang seorang pemain muda yang berbakat dan inilah masa untuk dia menunjukkan segala kemahiran dia di sana. Insya-Allah kalau dia boleh bawa diri dia di sana, dia boleh pergi jauh,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Tambah Datuk Jamal Nasir, Luqman tidak boleh hanyut dengan isu yang boleh menjejaskan perjalanan karier beliau di Eropah.
Beliau turut mahukan Luqman menggunakan apa saja tuduhan yang dilemparkan sebagai pembakar semangat untuk berjaya dan membuktikan dakwaan tersebut salah sama sekali.
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:
Kelab Liga Perdana Inggeris Berminat Dapatkan Khidmat Luqman Hakim