Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berharap lebih banyak stadium yang dibina dan dimiliki sendiri oleh pasukan pada masa akan datang.
Datuk Hamidin berkata demikian setelah hadir pada majlis pelancaran Stadium Sultan Ibrahim semalam dan beliau nyata kagum dengan kualiti serta fasiliti yang ada di stadium tersebut.
“Kami di FAM berbesar hati menerima jemputan menyaksikan hari bersejarah JDT dan amat berharap selepas Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Tun Abdul Razak, akan ada lebih banyak stadium bola sepak yang dibina dan dimiliki oleh kelab bola sepak itu sendiri pada masa akan datang.
“Dengan fasiliti dan kemudahan yang ada, pastinya stadium ini menjadi mercu tanda JDT malah usaha ini mampu melonjakkan pembangunan bola sepak tempatan serta negara.
“FAM mengucapkan ribuan terima kasih di bawah jemputan dan sekalung tahniah kepada JDT dan JOHOR Southern Tigers atas perasmian stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim,” kata Datuk Haji Hamidin.
Stadium Sultan Ibrahim menjadi stadium kedua yang dibina tanpa trek balapan selepas Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Stadium tersebut akan membuat debut dalam saingan Liga Malaysia musim ini apabila JDT berdepan pasukan Kedah bagi merebut Piala Sumbangsih pada 28 Februari ini.
Baca artikel lain mengenai Stadium Sultan Ibrahim di sini:
Penyanyi Terkenal Britain, Leona Lewis Meriahkan Majlis Pembukaan Stadium Sultan Ibrahim
Status Stadium Sultan Ibrahim Diketahui Selepas FAM Jalankan Pemeriksaan
Ada 3 Lagi Projek Penting Yang Akan Dilaksanakan Oleh JDT Selepas Siap Stadium Sultan Ibrahim