Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan status stadium baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim akan diketahui selepas badan induk bola sepak negara itu membuat pemeriksaan.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata stadium itu akan melewati pemeriksaan fasa akhir pada 18 dan 19 Febuari ini dan keputusan hanya akan diketahui selepas tarikh tersebut.
“Ternyata dalam jadual perlawanan, stadium itu akan digunakan bagi perlawanan pertama ACL di laman sendiri. Namun, ia memerlukan penyeliaan daripada AFC ada 18 dan 19 Februari ini.
“Saya rasa stadium baharu ini mengikut ketetapan yang diperlukan oleh AFC termasuk lampu, persediaan rumput dan sebagainya. Saya rasa tiada sebarang isu, namun kami akan berhubung dengan AFC,” kata Stuart menurut laporan Stadium Astro.
Sebelum ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan Stadium Sultan Ibrahim belum diberi lampu hijau untuk digunakan dalam kempen AFC Champions League (ACL) 2020.
Jika tidak mendapat kelulusan, maka JDT terpaksa beraksi di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin seperti musim sebelumnya.
Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di sini:
Luciano Figueroa Akui Pemain JDT Terpesona Melihat Kehebatan Andres Iniesta
ACL 2020: Hantaran Maut Andres Iniesta Bantu Vissel Kobe Berpesta Gol Belasah JDT