Bayern Munich telah melancarkan bidaan rasmi ketika untuk mendapatkan Harry Kane dan angka itu dipercayai masih di bawah tanda harga dikehendaki Daniel Levy.

Bayern telah mendapat maklum bahawa Harry Kane berminat untuk menyertai pasukan Jerman itu.

Kini segalanya terserah kepada Daniel Levy untuk memutuskan sama ada mahu menjual atau tak.

Dan Bayern merasakan bahawa Spurs mendapat tawaran terbaik untuk pemain yang bakal menjadi ejen bebas musim hadapan.

Bayern memberikan tempoh tarikh akhir semalam kepada Daniel Levy untuk memberikan respon kepada bidaan ketiga mereka.

BILD melaporkan bahawa bidaan tersebut merupakan rekod termahal dalam sejarah Bayern Munich. Dengan rekod semasa dipegang oleh Theo Hernandez dengan nilai €80 juta.

The Athletic percaya bahawa bidaan ketiga itu bernilai €93 juta. Dan sebelum ini outlet yang sama menyatakan bidaan itu masih €29 juta di bawah tanda harga diminta Levy.

Lembaga Pengarah Spurs sudah mendesak Levy untuk menjual Harry Kane ke Bayern Munich kerana mereka tidak mahu kehilangan pemain itu secara percuma.

Mereka meminta Levy tidak terlalu ego merumitkan rundingan dengan Bayern kerana percaya Bayern sudah menawarkan harga yang baik.

Malangnya Levy malah terus membisu dan tidak peduli langsung dengan saranan tersebut.

Kini terdapat keyakinan dalam diri Levy bahawa Kane akan melanjutkan kontrak baharu. Ini selepas pemain itu dikatakan gembira dengan perkembangan yang ada di Spurs di bawah pengurus baharu Ange Postecoglu.

Malah Kane dikatakan sedia melanjutkan kontrak bersama Spurs lagi jika rundingan dengan Bayern gagal dicapai sebelum sepak mula EPL musim ini.

Namun ketika ini Harry Kane dan keluarganya masih bercuti di Miami.