Pemain pertahanan Tampines Rovers, Daniel Mark Bennett cipta rekod baharu sebagai pemain paling tua beraksi dalam saingan AFC Champions League 2021 (ACL) semalam pada usia 43 tahun, 5 bulan dan 18 hari.
Beliau juga merupakan pemain kedua paling tua selepas pemain dari Arab Saudi, Hussein Abdulghani membuat penampilan dalam saingan ACL musim lepas pada usia 43 tahun, 8 bulan dan 9 hari.
Official : 🇸🇬 Daniel Bennett become the second oldest player to appear in AFC Champions League, at the age of 43 years, 5 months, and 18 days. Only 3 months behind the record held by 🇸🇦 Hussein Abdulghani (43 years, 8 months, 9 days)#ACL2021
(Data from Transfermarkt) https://t.co/uklUo1eHCP
— Footy Rankings (@FootyRankings) June 25, 2021
Bagaimanapun, Bennett gagal membantu pasukannya mencatat kemenangan pada perlawanan pertama apabila tewas 0-2 kepada kelab dari Jepun, Gamba Osaka di Stadium Lokomotiv, Tashkent, Uzbekistan.
Ini juga merupakan penampilan ketiga Bennett dalam saingan ACL kerana sebelum ini beliau pernah beraksi dalam pertandingan tersebut bersama pasukan Singapore Armed Forces FC (SAFFC) pada tahun 2009 dan 2010.
Pemain kelahiran England itu telah menerima status kerakyatan Singapura pada tahun 2002 dibawah skim pencarian bakat sukan orang asing untuk membantu memperkuatkan pasukan bola sepak negara itu.
Mempunyai 142 kaps dan menjaringkan 7 gol di pentas antarabangsa, Bennet juga membantu Singapura menjuarai Piala AFF Suzuki sebanyak 3 kali pada tahun 2004, 2007 dan 2012. Pada tahun 2001, beliau menerima Anugerah Pemain Terbaik S. League.
Bennett juga berada dalam senarai FIFA Century Club dan dijangka akan bersara sebagai pemain bola sepak profesional pada tahun depan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.Â
Jepun Ada 451 Pemain Di Serata Eropah, 250 Pemain Aktif Bermain Dalam Liga Bola Sepak Jerman.
Menyanyi Lagu Kebangsaan Brazil Ketika Menyarung Jersi Vietnam, Punca Naturalisasi Tertutup Rapat?