Penjaga gol skuad kebangsaan Vietnam, Dang Van Lam menyatakan keterujaan beliau apabila menyertai kelab J. League, Cerezo Osaka bagi mengharungi musim 2021.
Van Lam, yang sebelumnya beraksi di Thailand bersama Muangthong United itu turut mencipta sejarah apabila menjadi pemain Vietnam pertama yang beraksi di saingan J1.
ダン バン ラム選手 新加入のお知らせ#cerezo #セレッソ大阪 #DANGVANLAM #ダンバンラムhttps://t.co/L10QZaEr9c
— セレッソ大阪オフィシャル (@crz_official) January 30, 2021
“Satu penghargaan untuk saya dapat menyertai Cerezo Osaka dan beraksi di salah satu saingan terbaik di Asia. Ini menjadi peningkatan yang tersendiri dalam karier saya.
“Saya percaya pada masa akan datang, lebih ramai pemain Vietnam berpeluang untuk beraksi di luar negara. Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang telah menyokong saya selama ini,” kata Dang Van Lam.
Setelah menampilkan prestasi cemerlang pada saingan Piala AFF Suzuki 2018 dengan membantu Vietnam muncul juara, Van Lam memilih untuk berhijrah ke saingan Thai League 1.
Namun, bermula pada musim 2020/2021, penjaga gol berusia 27 tahun itu mula kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Muangthong dimana beliau kerap memanaskan bangku simpanan sambil menyaksikan penjaga gol Thailand, Somporn Yos beraksi.
Van Lam mengikut jejak langkah Kawin Thamsatchanan dimana bekas ketua pasukan Thailand ini pernah beraksi bersama Consadole Sapporo.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:
RASMI: Cerezo Osaka Umum Dang Van Lam Sebagai Penjaga Gol, Pemain ASEAN Seterusnya Dalam J.League
RASMI: Selangor FC Lancar Jersi Home 2021 Diinspirasikan Daripada Rekaan Tahun 1986