Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menegaskan dana bantuan COVID-19 yang diberikan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak boleh dibelanjakan sesuka hati.

Menurut Stuart, dana berjumlah AS$1.5 juta (RM6.43 juta) itu perlu digunakan untuk memperbaiki beberapa masalah berkaitan bola sepak dan tidak boleh dibelanjakan secara sembarangan.

“Saya mengingatkan persatuan bola sepak negeri atau kelab tidak boleh memohon dana itu kerana bertentangan dengan garis panduan yang dikeluarkan FIFA.

Dana
Sumber Gambar: FAM

“Jika ada lebihan dana, kita tidak boleh sewenang-wenangnya membelanjakan termasuk jika mahu membayar tunggakan gaji kerana itu bukanlah tujuan peruntukan itu diagihkan kepada setiap badan induk bola sepak,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beberapa ahli gabungan FAM nyata memahami tujuan dana yang diberikan oleh FIFA itu dan mereka tidak mengharapkan badan induk bola sepak Malaysia itu untuk mengagihkan dana yang diperoleh.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John mengesahkan setiap ahli gabungan FIFA termasuk FAM dijangka menerima RM6.43 juta menerusi Pelan Bantuan COVID-19.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Ini Rupa Terkini Padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Selepas Dinaik Taraf

Lim Teong Kim Gesa Henti Gunakan Luqman Hakim Untuk Tujuan Peribadi

Gandingan Luqman Hakim Dan Jaami Qureshi Barisi Jentera Serangan Skuad B-19 Tahun Negara