Perlawanan Derbi della Madonnina untuk aksi suku akhir Coppa Italia berlangsung dengan penuh drama dan aksi panas.
Jaringan masa kecederaan minit ke-97 bukanlah satu satunya episod dramatik daripada aksi ini.
AC Milan mendahului pada minit ke-31 setelah Zlatan Ibrahimovic melakukan rembatan rendah yang cantik yang menewaskan penjaga gol Nerazzurri, Samir Handanovic.
Dan skor itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Malang sekali buat Zlatan apabila beliau diperintah keluar padang pada minit ke-58 selepas kekasaran ke atas Kolarov.
Sebelum itu, pada separuh masa pertama Zlatan menerima kad kuning kerana insiden tegang dengan bekas rakan sepasukannya, Romelu Lukaku.
https://twitter.com/i/status/1354168632964767751
Kedua dua pemain kelihatan sangat marah dengan satu sama lain dan terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan.
Zlatan Ibrahimovic 🆚 Romelu Lukaku
That's a fight you don't want to get in the middle of 😳 pic.twitter.com/jOFkLoQJlg
— GOAL (@goal) January 26, 2021
Kelebihan seorang pemain membolehkan Inter Milan menguasai perlawanan.
AC Milan melakukan kesilapan lagi apabila Nicolo Barella dijatuhkan di dalam kotak penalti. Romelu Lukaku yang mengambil tugasan tersebut dengan tenang menyudahkannya.
Pada minit ke-75, pengadil utama terpaksa ditukar selepas mengalami kecederaan. Oleh kerana itu, masa kecederaan diberikan adalah 10 minit kerana kecederaan pengadil.
Pada minit 90+7, pemain yang kerap disisihkan, Christian Eriksen memberikan gol kemenangan buat pasukannya menerusi sepakan percuma melencong kemas.
Christian Eriksen.
97th minute.
Free-kick.
Wins the derby 😎 pic.twitter.com/q3tYKnnEj5
— GOAL (@goal) January 26, 2021
Inter mara ke separuh akhir. AC Milan menelan kekalahan kedua berturut turut dalam semua pertandingan selepas dijinakkan Atalanta dalam aksi Serie A.
Baca juga perkembangan lain
Barcelona Masih Tak Bayar Hutang €126 Juta Dengan 19 Kelab Termasuk Liverpool Dan Ajax