Barcelona terus berada dalam krisis kewangan yang kritikal. Terbaru laporan kewangan kelab Catalan tersebut mendedahkan bahawa mereka berhutang dengan 19 kelab lain untuk perpindahan pemain.

Paling tinggi adalah hutang dengan Liverpool, di mana Barcelona masih tak menjelaskan €29 juta lagi tunggakan untuk Philippe Coutinho.

Pemain yang mereka beli untuk keseluruhan lebih €120 juta pada 2018.

Kini Barcelona berhutang €126 juta untuk tunggakan daripada bayaran perpindahan sahaja – yang masih belum dilangsaikan.

Coutinho gagal memberikan impak di Barcelona. Dan dipinjamkan ke Bayern Munich selepas itu. Namun gergasi Jerman itu menolak untuk membayar sekitar €100 juta lagi untuk pemain tersebut secara tetap.

Coutinho kembali semula ke Barcelona dan kemudian dirundung masalah kecederaan lutut.

16115862273391

Selain daripada Liverpool dan Coutinho, Barca juga masih berhutang dengan Ajax £ 14 juta (€ 16 juta) untuk Frenkie de Jong, Bordeaux £ 8,8 juta (€ 9,9 juta) untuk Malcom dan Gremio £ 7 juta (€ 7,9 juta) untuk Arthur Melo.

Hutang Barcelona terus melambung

Impak daripada covid-19 dengan beraksi di stadium kosong membuatkan Barcelona kini bergelut untuk mengimbangi modal yang mereka keluarkan ketika menandatangani pemain pemain mahal. Terutama sekali 3 pemain berharga lebih €100 juta setiap seorang.

Mereka ialah Philippe Coutinho, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele. Musim lalu Barcelona gagal mendapatkan hadiah kejuaraan walaupun daripada 1 piala sekalipun.

los-otros-fichajes-de-koeman.-655×368

Barcelona malah berada dalam risiko muflis jika sebahagian besar hutang itu tidak dijelaskan.

Barcelona berhutang hampir €1 billion itu, €420 juta daripadanya perlu dilunaskan dalam 12 bulan akan datang.

Musim lalu, Barcelona rugi €100 juta, menambah angka hutang sebelum ini yang sudah €400 juta. Barcelona juga berdepan kerugian sekitar €400 juta lagi kerana tiadanya penyokong masuk ke stadium.

Biasanya mereka menjana sekurang kurangnya €320 juta daripada kehadiran penyokong. Angka itu sangat tinggi.

Lebih teruk, gaji pemain Barcelona untuk Januari tahun ini yang merupakan penggal baharu pembayaran gaji juga masih belum dibayar. Ianya menunggu kelab mendapat presiden baharu terlebih dahulu.

Gaji Lionel Messi pada tahun akhir sekitar €37 juta, masih belum diterima penuh. Ianya adalah baki daripada bayaran gaji Messi pada kontrak yang ditandatangani sebelum ini bernilai €127 juta setahun.

Malah baru baru ini, presiden interim di kelab Barcelona berterus terang menyatakan bahawa, situasi semasa kelab Barcelona tidak menyokong langsung idea untuk melanjutkan kontrak Messi.

Presiden interim Barcelona, Carlos Tusquets tidak berselindung dengan hakikat bahawa Messi antara beban kepada kewangan Barca. Dan beliau mempersoalkan kenapa Bartomeu sebelum ini tidak menjual Messi ketika pemain itu masih boleh dijual dengan harga tinggi.

Kini Messi berpotensi pergi dengan ejen bebas ataupun secara percuma. Jika pun Messi masih mahu terus kekal, Barca tetap akan membayar pakej kenaikan gaji luar biasa.

“Adalah sangat baik untuk menerima wang [daripada penjualan Messi] dan wang yang akan anda jimatkan serta simpan. La Liga perlu ada had gaji, ” kata Tusquets.

Tusquetts sedar bahawa setiap calon presiden ada pandangan berbeza tentang Lionel Messi. Pemain yang dianggap terbaik dalam sejarah Barcelona.

Beberapa calon seperti Joan Laporta dan Victor Font sudah berikrar akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Messi kekal.

Barcelona kini berusaha memastikan mereka mendapat lebih banyak tajaan dan rakan penaja seperti Rakuten dan Beko memeterai perjanjian baharu dengan mereka.

Baca juga perkembangan lain

Pro Dan Kontra Pelantikan Tuchel Di Stamford Bridge

RASMI: Lampard Dipecat Kerana Tak Ada Hala Tuju Jelas

Arteta Akui Southampton Telah ‘Sekolahkan’ Arsenal