Riyad Mahrez persiakan penalti yang boleh memberikan pasukannya kemenangan ke atas Copenhagen.
Manchester City bermain 10 pemain, terikat 0-0 dengan FC Copenhagen selepas Sergio Gomez dibuang padang dalam pertembungan Liga Juara-Juara Eropah.
Skuad kendalian Pep Guardiola terlepas peluang untuk menempah tempat ke pusingan 16 terakhir selepas VAR secara kontroversi tidak membenarkan gol Rodri dan, membuang padang Gomez kerana kesalahan profesional atau foul taktikal.
Keadaan diburukkan lagi apabila Mahrez persiakan penalti dalam perlawanan ini.
Haaland direhatkan
Bintang sensasi Man City, Erling Haaland berehat di bangku simpanan menjelang kunjungan City ke Liverpool pada hari Ahad, juara Liga Perdana Inggeris itu gagal menjaringkan gol buat kali pertama dalam 24 perlawanan dalam semua pertandingan.
City hanya memerlukan kemenangan untuk menjamin tempat ke pusingan seterusnya. Namun terpaksa berpuas hati dengan 1 mata sahaja, selepas bermain dengan 10 pemain selama sejam.
City masih berada di landasan untuk layak ke pusingan 16 terakhir selepas meraih 10 mata daripada empat perlawanan pertama mereka.
Tanpa Haaland di hadapan gol, City kelihatan agak tercari cari rentak di barisan serangan dalam perlawanan ini. Haaland telah menjaringkan 20 gol yang luar biasa dalam 12 perlawanan kompetitif sejak menandatangani kontrak dari Dortmund pada musim panas lalu.
Haaland menjaringkan dua gol dalam masa 45 minit ketika City menewaskan Copenhagen 5-0 minggu lalu, tetapi Guardiola mungkin menjangkakan pasukannya akan mendominasi pasukan kerdil Denmark itu walaupun tanpa dia.
Julian Alvarez sekali lagi diberikan kepercayaan. Malangnya pemain muda Argentina itu gagal menembusi gawang FC Copenhagen.
VAR mengganas
Rodri menyangka dia telah memberikan City pendahuluan dengan roket dari luar kotak penalti pada minit ke-11.
Tetapi selepas pemeriksaan VAR yang mengambil masa agak lama, gol pemain tengah itu dibatalkan kerana ada handball pada Mahrez. Pemain Algeria itu menyatakan bahawa dia tidak dapat mengawal bola itu dan mempersoalkan pengadil.
Rodri finds the back of the net for Man City but the goal is ruled out by VAR following a Mahrez handball ⛔️#UCL pic.twitter.com/Lcp89O0P4i
— Football on TNT Sports (@footballontnt) October 11, 2022
Ederson terpaksa bekerja keras menafikan percubaan Lukas Lerager dari luar kotak penalti.
Selepas dinafikan oleh VAR, City sepatutnya mendapat manfaat daripada sistem itu pada minit ke-24. Di mana mereka memenangi penalti selepas pemeriksaan semula di monitor VAR mendapati bahawa Nicolai Boilesen menampan bola dengan tangan ketika cuba menyekat tandukan Manuel Akanji.
Bagaimanapun, Mahrez persiakan penalti itu apabila Kamil Grabara melayangkan badannya ke kanan untuk melakukan penyelamatan yang baik.
VAR akan campur tangan sekali lagi selepas setengah jam apabila bek kiri City Gomez terperangkap dengan gerakan Hakon Haraldsson dan menarik pemain tengah Copenhagen itu.
Selepas permainan diteruskan selama beberapa saat tanpa sebarang pelanggaran diberikan, pengadil Artur Dias menyemak semula keputusannya dan kembali untuk menunjukkan Gomez kad merah.
11'—Rodri goal ruled out for handball
25'—Mahrez misses a penalty
30'—Sergio Gomez sent off— B/R Football (@brfootball) October 11, 2022
Tamat perlawanan Copenhagen 0 Manchester City 0.