Antonio Conte mengakui bahawa pasukan Tottenham sekarang tidak berada pada tahap yang sama dengan kehebatan stadium dan tempat latihan kelab itu.
Conti dilantik menjadi pengurus Spurs pada Selasa lalu, menngantikan Nuno Espírito Santo – hanya empat bulan mengendalikan pasukan tersebut.
Spurs sedaya upaya untuk mendapatkan Conte kerana Manchester United juga dikaitkan dengan Conte.
Conte ternyata kagum dengan kemudahan dan fasiliti di kompleks sukan di London Utara itu, yang menelan kos £1 billion. Spurs bukan sahaja memperbaiki stadium mereka namun turut memperbaiki pusat latihan.
Conte malah dikatakan bermalam di pusat latihan Spurs ketika dia tiba di London untuk memeterai perjanjian dengan kelab itu. Conte mahu ‘berkenalan’ dengan kompleks tersebut dan menganggap ianya sama dengan rasa tidur di hotel 5 bintang.
Futbol Guy: New Tottenham Manager Antonio Conte Is Already Sleeping At Their Training Facility https://t.co/XnCWFEeZJv pic.twitter.com/MYVHVSuphX
— Barstool Sports (@barstoolsports) November 2, 2021
Dalam nota program pertamanya sebelum penampilan sulungnya menentang Vitesse dalam Liga Persidangan Europa, Conte menulis:
“Tottenham adalah kelab penting di Eropah dan saya ingin membalas kepercayaan Presiden Daniel Levy, yang saya sangat berminat untuk menyertai pengurusan beliau.”
“Saya telah tiba di kelab terkemuka dengan stadium dan tempat latihan yang hebat. Kini tiba masanya untuk bekerjasama dengan pasukan untuk membawanya ke tahap yang sama dengan fasiliti yang dimiliki.”
Conte menambah: “Orang ramai selalu bertanya tentang falsafah jurulatih, tetapi saya mudah. Kami bekerja keras untuk berdaya saing dan menang.”
“Ia juga penting untuk membina pasukan yang seimbang dan bermain bola sepak yang baik untuk penyokong kami.”
“Bermaksud, anda perlu memiliki mentaliti dan berfikir tentang cara menyerang dan menjaringkan gol sambil bermain bola sepak yang menarik dengan penuh semangat.”
“Kami mahu anda merasakan semangat kami, berhubung dengan pasukan ini dan menikmati detik-detik kami bersama.”
Conte dikaitkan dengan Spurs pada musim panas tetapi rundingan dengan Levy dikatakan gagal.
Dia menjelaskan: “Kami bercakap pada musim panas, tetapi ketika itu saya baru sahaja selepas meninggalkan Inter Milan. Jelas sekali bahawa ia bukan masa yang sesuai untuk saya.”
“Saya terpaksa meluangkan sedikit masa berehat bersama keluarga selepas dua musim yang sengit di Intel. Sekarang saya berasa segar dan bersedia untuk cabaran baharu.”
“Tottenham adalah cabaran itu dan saya harap kelab akan menjadi sebahagian penting dalam karier pengurusan saya.”