Selepas tewas 1-2 kepada Selangor pada perlawanan pertama di Stadium Darul Makmur sabtu lepas, pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

Malah, pemain sayap pasukan itu, Faisal Abdul Halim tekad bantu Pahang raih tiga mata berharga dalam saingan CIMB Liga Super apabila dijadualkan menentang PJ City di Stadium UiTM, Shah Alam malam ini.

“Saya yakin Tok Gajah mampu menyerlah pada pertemuan dengan pasukan PJ City Jumaat ini walaupun berhadapan tentangan sengit daripada pemain lawan yang pasti ingin mencatat kemenangan selepas mencatat keputusan seri pada perlawanan pertama.

“Hanya kemenangan sahaja dapat mengubati luka tewas kepada Selangor, Sabtu lalu yang pasti sukar dilupakan,” katanya dalam Arena Metro.

87836104_2906802139380461_957415778703900672_o
FOTO: Pahang FA

Sementara itu, penjaga gol Pahang, Sharbinee Allawiee sedia memberikan persembahan terbaik untuk membantu pasukan melakar kemenangan. Beliau mengakui belum puas hati dengan prestasinya pada perlawanan pertama dan tekad membalas kepercayaan jurulatih.

“Bagi saya, nasib tidak menyebelahi kami pada perlawanan pertama liga. Tapi saya percaya kami akan bangkit untuk mengutip tiga mata pada perlawanan kedua nanti.

“Segala kelemahan ketika berdepan Selangor akan diperbaiki untuk tampil dengan aksi lebih bertenaga dan mantap. Misi kami ialah untuk menebus kekecewaan dan kembali dengan prestasi menyakinkan,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Pahang melalui pautan dibawah.

Pahang FA Pasukan Pertama Liga Super Mempunyai Aplikasi Mudah Alih

Pemain Pertahanan Juara AFC Cup 2019, Khalil Khamis Sertai Pasukan Pahang FA Musim 2020

Tunggakan Gaji: Patrick Cruz Ugut Heret Pahang FA Ke FIFA