Skuad Malaysia B-15 kendalian P. Maniam bakal berangkat ke China untuk menyertai menyertai Kejuaraan CFA B-15 International Tournament yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 23 Julai 2019 ini di Haikou City.

Ia adalah perlawanan pemanas badan sebagai persiapan bagi menghadapi Kejohanan AFF B-15 yang akan bermula pada 24 Julai hingga 10 Ogos 2019 di Institut Pendidikan Fizikal, Chonburi, Thailand.

Di China, mereka dijadualkan bertemu pasukan gergasi Asia, Iran B-15 pada hari Khamis, 18 Julai 2019, dan tuan rumah, China B-15 pada Sabtu, 20 Julai 2019 sebelum bertemu Korea Utara B-15 pada hari Isnin, 22 Julai 2019.

CFA U15 vocket-01

Kemudian, skuad B-15 kebangsaan akan terus berlepas ke Chonburi, Thailand untuk kempen Kejuaraan B-15 AFF 2019, di mana mereka telah diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Thailand, Laos, Kemboja, Brunei DS dan Australia.

Selain itu, anak buah P. Maniam turut akan menghadapi kelayakan kejuaraan AFC b-16 2020 pada bulan September ini dimana mereka diundi dalam Kumpulan J dan akan bertemu Kemboja (18 September 2019), Laos (20 September 2019) dan Jepun (22 September 2019) serta Laos yang merupakan tuan rumah bagi kumpulan tersebut.

FOTO: FAM

Seramai 27 pemain telah menjalani latihan sulung di Wisma FAM, Kelana Jaya petang  semalam. 23 daripadanya adalah pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD), seorang pemain Sekolah Sukan (SSTMI) dan dua pemain  Akademi JDT. Hanya seorang pemain daripada sekolah harian biasa (SMK Ibrahim Fikri) turut dipilih kali ini.

Sesi latihan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal yang membawa bersama bekas pemain kebangsaan yang layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, Datuk Jamal Nasir untuk memberi motivasi dan berkongsi pengalaman dengan para pemain skuad B-15 kebangsaan itu.

66744974_2262680197162065_7052087037310009344_n
FOTO: FAM

Pada bulan April lepas, skuad Malaysia B-15 menepati status sebagai juara bertahan apabila mendominasi Kejohanan Jemputan B-15 Jockey Club International Youth di Hong Kong selepas menewaskan Singapura (1-0), Myanmar (6-0) dan Hong Kong (4-0).