Pasukan Chile memulakan saingan Copa America 2019 dengan langkah kanan apabila menang besar ke atas pasukan jemputan dari Asia, Jepun pada perlawanan kumpulan C awal pagi tadi.
Pertembungan antara Chile dan Jepun sememangnya menjadi tumpuan oleh ramai pihak apabila Jepun diperkuatkan oleh pemain berusia 18 tahun yang baru sahaja menyertai kelab gergasi La Liga, Real Madrid, Takefusa Kubo di bahagian serangan.
\スタメン発表!/
GK大迫
FP植田、原、冨安、杉岡、前田、中山、柴崎(C)、中島、久保、上田🏆CONMEBOLコパアメリカブラジル2019
🇯🇵#SAMURAIBLUE 🆚 チリ🇨🇱📅日本時間6/18(火)8:00KO
📍Estadio Morumbi
📺DAZN
✅https://t.co/of2MKjPDJD#daihyo #jfa #コパアメリカ #Copaamerica pic.twitter.com/Mk0BYESbdY— サッカー日本代表 🇯🇵 (@jfa_samuraiblue) June 17, 2019
Namun, juara bertahan Copa America itu nyata terlalu kuat untuk pasukan Jepun dimana mereka mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas naib juara Piala Asia 2019 itu. Erik Pulgar membuka tirai jaringan 5 minit sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan.
Bersambung babak kedua, Chile terus menampilkan penguasaan dimana mereka menjaringkan 3 lagi gol masing-masing menerusi pemain sayap Manchester United, Alexis Sanchez dan dua gol daripada penyerang utama, Eduardo Vargas. Dua gol yang disumbangkan oleh Vargas menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak Chile dalam temasya Copa America itu.
Kekalahan di tangan Chile menyebabkan Jepun menduduki tangga tercorot disamping Ecuador yang turut mengalami nasib sama apabila tumpas kepada pasukan Uruguay dengan keputusan 4-0 semalam. Chile dan Uruguay masing-masing menduduki tangga pertama dan kedua.
Pada perlawanan kedua kumpulan C, Jepun akan turun berdepan Uruguay manakala Ecuador akan menghadapi pasukan Chile. Jepun perlu mencipta kemenangan ketika bertemu skuad bimbingan Oscar Tabarez bagi menghidupkan pelung untuk mara ke pusingan seterusnya.