Penyertaan pasukan Jepun dalam saingan Copa America edisi kali ini nyata mendapat sambutan dingin daripada sesetengah pihak. Terbaru, ketua jurulatih Venezuela, Rafael Dudamel menyifatkan skuad The Samurai Blue tidak menghormati saingan Copa America.
Jepun membawa pasukan yang dibarisi oleh rata-rata pemain berusia bawah 23 tahun sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan Olimpik Tokyo yang akan diadakan pada tahun hadapan. Namun, perkara tersebut tidak disenangi Dudamel dan mahu penganjur kejohanan pada masa akan datang tidak menjemput pasukan dari luar.
GRUPO A: O Brasil 🇧🇷 goleou e terminou como líder do Grupo A, a Venezuela 🇻🇪 venceu a Bolívia🇧🇴 e é a segunda, o Peru 🇵🇪 em terceiro lugar terá que esperar pelo final da fase de grupos. A Bolívia em último lugar se despede da @CONMEBOL #CopaAmerica. pic.twitter.com/aWvaJSX573
— CONMEBOL Copa América™️ (@CopaAmerica) June 22, 2019
“Saya rasa Copa America harus disertai oleh negara dari CONMEBOL. Saya tidak bersetuju dengan jemputan untuk pasukan Jepun yang mana mereka menggunakan pemain rata-rata berusia dibawah 23 tahun. Saya anggap tindakan tersebut sebagai tidak menghormati kejohanan kami.
“Sama seperti rakan sejawat yang lain, saya berpegang teguh dengan tanggapan saya. Negara yang beraksi dalam saingan Copa America haruslah berasal dari CONMEBOL,” kata Dudamel.
Berizzo Selar Penyertaan Qatar Dan Jepun Dalam Saingan Copa America 2019 https://t.co/zqcz0GGxuh
— VOCKET FC (@vocketfc) June 17, 2019
Sebelum ini, ketua jurulatih Paraguay, Eduardo Berizzo turut mempersoalkan penyertaan Jepun dalam saingan edisi kali ini. Sama seperti Rafael Dudamel, Berizzo berpendapat Copa Amerika harus disertai oleh negara dari CONMEBOL atau negara dari benua Amerika yang lain.
Jepun masih lagi mempunyai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya apabila berdepan Ecuador dalam perlawanan yang akan diadakan pada Selasa ini. Satu lagi pasukan dari Asia, Qatar sudahpun terkeluar daripada kejohanan apabila tewas kepada Argentina dengan keputusan 2-0 pada pagi tadi.