Chelsea dijangka akan kembali membida Romelu Lukaku selepas bidaan pertama bernilai €100 juta (£85 juta), termasuk Marcos Alonso, ditolak.
Dikatakan itu merupakan cubaan kedua Chelsea membida pemain tersebut.
Chelsea are preparing a new bid to sign Romelu Lukaku. Proposal expected around €120/130m after opening bid turned down by Inter [€100m + Marcos Alonso involved in the deal]. 🔵 #CFC
Chelsea are also offering Lukaku a long term contract for €12m net per season as salary.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 3, 2021
Tuchel sangat berkenan dengan Romelu Lukaku yang dianggap sebagai sasaran lebih realistik berbanding Erling Haaland, yang dijangka akan terus kekal di Borussia Dortmund sekurang kurangnya untuk semusim lagi.
Inter Milan sudah menyatakan bahawa mereka tidak mahu menjual Lukaku. Tetapi Chelsea yakin mereka akan mampu memberikan tawaran yang tidak mampu ditolak oleh Inter.
Chelsea kini fokus kepada pembelian melibatkan wang sahaja dan tidak melibatkan pemain.
Fabrizo Romano melaporkan bahawa Chelsea sedia membayar €120 juta secara ‘straight cash’ kepada Inter.
Chelsea are preparing a new bid to sign Romelu Lukaku. Proposal expected around €120/130m after opening bid turned down by Inter [€100m + Marcos Alonso involved in the deal]. 🔵 #CFC
Chelsea are also offering Lukaku a long term contract for €12m net per season as salary.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 3, 2021
Lukaku memainkan peranan penting dalam membantu Inter memenangi Serie A musim lalu, menjaringkan 24 gol dan mencatat 11 assist.
Pemain berusia 28 tahun itu telah berkembang menjadi salah seorang penyerang elit di dunia sejak meninggalkan Manchester United ke Itali pada tahun 2019. Lukaku dilihat oleh Tuchel sebagai pemain yang dapat mengubah serangan Chelsea yang tidak konsisten yang menjadi sebab kenapa mereka gagal bersaing merebut kejuaraan EPL.
Di mana penjaring terbanyak mereka dalam liga musim lalu ialah Jorginho, dengan kesemua golnya menerusi penalti.
Chelsea juga masih memantau situasi Haaland tetapi buat masa ini Dortmund dilihat tidak terdesak mahu menjual pemain itu selepas menjual Sancho dengan nilai £73juta.
Harga untuk meembeli Haaland dikatakan mencecah sehingga €175 juta termasuk pakej ejen.
Chelsea, yang masih berusaha menjual Tammy Abraham, memerlukan kekuatan tambahan setelah menjual Olivier Giroud ke Milan.
Mereka telah turut meletakkan Robert Lewandowski dari Bayern Munich sebagai pemain dalam senarai pertimbangan, begitu juga dengan Harry Kane. Namun mereka merasakan lebih sukar untuk mendapatkan Kane berbanding Lukaku. Kerana Tottenham pastinya akan cuba mengelak daripada menjual pemain mereka kepada kelab setru sebandar di London.
Inter, yang telah menjual Achraf Hakimi kepada Paris Saint-Germain hingga €70 juta, masih perlu mencari dana tambahan untuk memastikan kelab mereka lebih stabil.
Sebelum ini pemilik Inter mengarahkan Antonio Conte mendapatkan €80 juta daripada penjualan pemain. Ianya membuatkan Conte meletakkan jawatan kerana kecewa pasukannya diganggu.
Lukaku merupakan bekas pemain Chelsea sebelum dijual Everton pada tahun 2014, sudah menyatakan bahawa beliau masih gembira di Inter.
Dia telah mengadakan perbincangan yang produktif dengan Simone Inzaghi, pengganti Conte. Tetapi situasi semasa mungkin akan membuatkan Inter agak risau Lukaku akan meminta untuk dilepaskan ke Chelsea.
Selain Lukaku, Inter Milan kemungkinan akan berdepan kesukaran untuk mengekalkan Lautaro Martinez yang menjadi sasaran banyak kelab besar lain termasuk Atletico dan Arsenal. Di mana dua kelab tersebut seedia menawarkan gaji yang lebih besar kepada pemain itu.
Baca juga artikel
Pengadil EPL Diingatkan Tak Beri Penalti Mudah, Ofsaid Hidung, Ketiak, Kuku Tak Boleh Wujud Lagi
Bidaan €100 Juta + Alonso Ditolak Inter, Chelsea Tetap Mahukan Lukaku