Pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin terus menyinar dalam saingan J. League apabila beliau tersenarai dalam Team of the Month bagi bulan Julai.
Chanathip menjadi nadi utama khususnya di bahagian serangan bagi Consadole Sapporo sejak saingan musim 2020 disambung semula. Tampil dalam tujuh perlawanan setakat ini, Messi Jay menyumbang 4 assist dan berjaya menjaringkan satu gol.
https://twitter.com/DAZN_JPN/status/1289153838398627841
Selain Chanathip, turut tersenarai ketua pasukan Vissel Kobe yang juga lagenda Barcelona, Andres Iniesta, pemain tengah Kawasaki Frontale, Akihiro Ienaga dan penyerang Gamba Osaka, Takashi Usami.
Bulan lalu, Chanathip memutuskan untuk berada di bawah naungan FPS management, yang mana memberi bayangan pemain berusia 26 tahun ini mahu beraksi di saingan bola sepak Eropah pada masa terdekat.
Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin yang telah kami sediakan di sini:
Chanathip Percaya Akira Nishino Mampu Bawa Thailand Rampas Takhta “Raja” Asia Tenggara
Chanathip Sasar Beraksi Di Eropah, Mahu Buka “Jalan” Untuk Pemain Muda Thailand
Chanathip Songkrasin Tersenarai Dalam J.League Team Of The Week, Kukuhkan Reputasi ASEAN Di Jepun