Pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin mahu menampilkan prestasi cemerlang pada saingan musim ini sekaligus membawa kelabnya, Hokkaido Consadole Sapporo beraksi di pentas AFC Champions League pada musim 2021.
Chanathip yang beraksi bersama Consadole sejak 2018 menampilkan prestasi terbaik pada musim lalu dimana beliau tampil dalam 31 perlawanan, menjaringkan 9 gol serta menyumbang 2 assist.
Pemain berusia 27 tahun itu juga diundi oleh rakan sepasukan sebagai pemain terbaik Consadole Sapporo bagi musim 2019.
“Musim lalu, saya mengalami kecederaan sebanyak empat kali dan tidak dapat membantu pasukan dengan sepenuhnya.
“Saya harap musim ini akan menjadi tahun yang baik kepada saya dan juga kelab kerana matlamat utama saya ialah beraksi dalam saingan AFC Champions League dan cuba untuk menjaringkan gol sebanyak yang mungkin untuk Consadole,” kata Chanathip menurut laporan Foxsport Asia.
Dalam saingan J. League musim ini, selain Chanathip, ada empat lagi pemain Thailand yang bakal beraksi iaitu Teerasil Dangda (Shimizu S-Pulse), Kawin Thamsatchanan (Consadole Sapporo), Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos) dan Tawan Khotsupho (Cerezo Osaka U23).
Baca artikel lain mengenai saingan Liga Jepun di sini:
Teerasil Dangda Sarung Jersi Bernombor 23 Bersama Shimizu S-Pulse
ACL2020: Theerathon Ketepikan Pemain Korea Selatan, Tersenarai Dalam Skuad Yokohama F Marinos